Pages

Selasa, 8 Januari 2013

Cerita Terbaru

Assalamualaikum..

Berkurun lama ye tak menulis di sini. Atas sebab kesibukkan yang melampau *takkan kot sibuk sangat?* memang sibuk sangat. Kita pun dah masuk tahun baru 2013!  " SELAMAT TAHUN BARU 2013 ". So azam baru? azam tahun lepas pun tak tercapai lagi..

Bulan 12 tahun lepas aku sibuk meniaga untuk kempen Piala AFF Suzuki memang sibuk sangat. Lagipun internet dekat office problem sangat ni pun guna broadband. Nak cerita sikit pasal kempen AFF Cup memang gamat sangat tu, dengan ramai penyokong. Yang bergaduh ada, masuk tv pun ada. Masa tu penyokong Malaysia memang ramai sangat kebetulan Malaysia pun keluar jersi baru so memang la ramai membelinya. Kebetulan tempat kitaorang ada buat nama pada jersi so orang ye pun bukan main ramai la lagi. Sangat seronok time tu, happy gile kot time niaga tu. Jodoh jangan cakap la.. bukan main banyak pilihan.. hehehe..

Mula tahun lepas aku ikut niaga dengan budak-budak kelantan, remaja lagi umur dalam lingkungan 19-25 tahun, tapi serius pandai sangat niaga, bos ye pun muda lagi. Bos ye ada juga buat bisnes online, dia jual jersi secara online, nama blog dia " KEDAI SUKAN PAKZUE " Hebat betul diaorang ni sangat pandai mencari duit. Aku memang respect!.

Ingat lagi pasal bola tak suka penyokong kelantan tup-tup majoriti yang berniaga dekat stadium tu semua orang kelantan dan mereka sangat baik serta peramah, tak baik buruk sangka tau. Tu la tak kenal makan tak cinta *katanya..* Bila niaga dengan diaorang ni sangat sporting, dengan gila-gilanya semua adalah. Jenis hormat orang takde ye nak maki-maki orang. Entahla aku dah ikut beberapa orang niaga tapi budak-budak ni paling best mungkin sebab diaorang muda lagi kot!  

Nanti aku akan ceritakan pengalaman kitaorang berniaga di PESTA PENANG dari 1 Disember 2012 - 1 Januari 2013. Pesta ni memang berlangsung selama sebulan, tapi aku join niaga 4 hari je pun. Ada kerjakan so kene utama kerja dulu kitaorang join pun time cuti sabtu, ahad dan cuti new year. Nanti aku akan ceritakan pengalaman berniaga di tempat orang..

0 ulasan: