Pages

Memaparkan catatan dengan label Cerita Bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Bola. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kita Ada Cerita ~ Dua

Assalamualaikum..

Ingat tak cerita aku yang lepas? Masa aku tengah urut mak tu. Sedang aku mengurut mak tu mata ni tengah memandang ke tv. ATM (Angkatan Tentera Malaysia)  lawan  SINGAPURA LION 12 peringkat separuh akhir Piala Malaysia perlawanan kalah mati tu.. aku dok tengok masa dah minit ke - 96, hai takkan tak habis-habis lagi kan? * terfikir gak awak ni * rupa-rupanya dah masuk masa tambahan la. Dah namanya kalah mati so sampai habis-habisan ler.. masa tu seri 1-1. So aku dengan beria-ria yelah menengok.. orang jiwa bola beb! sapa lagi nak sokong bola negara sendiri kalau bukan kitakan?? * anggukkan kepala cepat *

So tengok la sampai masa tambahan dan di tentukan oleh sepakan penalti. Aku dah memang confirm kalau kena sepakan penalti ATM mesti menang punya dan firasat aku betul walaupun LION 12 memberikan tentangan hebat! tapi dalam hati dok fikir kenapa Hairuddin Omar ( Hai-O ) tak tendang ye? * nanti kalau aku jumpa Hai-O aku tanyakan lah tapi kalau jumpa la.. kalau.. * last ye ATM menang 5-4 dan buat kali pertamanya ATM ke FINAL * betulkan kali permata kalau salah harap maklum * dan pasukan yang akan berentap dengan ATM untuk ke final akan lawan pada malam ini. Separuh Akhir penentu segalanya.. Kalah mati. Habis-habisan.. tapi jangan sampai bunuh-bunuh.. * mengucap cepat *

Dan malam ni SELANGOR DARUL EHSAN akan berentap dengan KELANTAN DARUL NAIM dan aku sebagai penyokong pasukan selangor akan menyokong selangor dengan sepenuh hati * yelah takkan la aku nak sokong kelantan pulak? * Selangorkan Darul Ehsan... jadi aku berdoa sangat-sangat SELANGOR menang please la jangan bagi KELANTAN menang karang bertambah poyo penyokongnya. * tapi kalau kelantan kalah habis pulak dia buat rusuhankan? kan? * Teringat kalau zaman niaga-niaga kat stadium dulu mesti seronok gile time ada game, dengan ramai orang, seronok sangat-sangat.. jodoh pun banyak! hahahaha... so abaikan tapi zaman sekarang ni dok depan tv jelah..

Dan aku harapkan pasukan SELANGOR akan menang dah akan berentap ke pentas FINAL bersama pasukan ATM. Dan kalau di takdirkan Selangor tewas dengan Kelantan * tu kalau dah takdir dan suratan ye, kita tak boleh buat apalah, so redha je.. * bila Final nanti aku sokong ATM habis-habisan tak kuasa aku nak sokong Kelantan * please la * tapi kalau Selangor menang confirm la aku sokong SELANGOR MERAH KUNING..  so mintak-mintak SELANGOR akan menang PIALA MALAYSIA pada tahun ni..

P/S : Teringat komen seseorang dekat FB " orang guna red dia pun nak red jugak, dah bagi binatang kijang tu terima jelah " Yelah Selangor ( The Red Giant ) dan Kelantan ( The Red Warrios ) * dah sah-sah logo gambar kijang so terima jelah *

Isnin, 16 April 2012

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Ok, setelah selesai berniaga di Stadium MP Pasir Gudang sempena liga super SELANGOR vs JOHOR FC, cik dayah nak cerita tentang suasana masa niaga tu. Penonton tak berapa ramai dan sudah semestinya penyokong Johor FC lagi ramai la.. Selangorkan jauh so?? nak buat macam mana.. * tapi cik dayah tabik pada penyokong kelantan walaupun pasukan kelantan main dekat negeri mana pun tetap penyokong ye ramai.. lagi-lagi kalau main kat Stadium Shah Alam, nampak sangat orang kelantan ramai kat Selangorkan?? *

So masa cik dayah tengah duduk-duduk termenung lepas siap berkemas, terkejut cik dayah dengan bunyi siren motor polis rupa-rupanya bas pemain selangor lalu depan cik dayah je.. tapi al-maklum la cik dayah ni pendek, bas tu tinggi sangat tak nampak pun player ye.. * nampak kaki pemain je sebab ada pemain kaki ye naik atas.. hahahaha..* lepas tu bas tu berhenti dalam jarak 100m je, pemain semua turun dari bas.. terjengok-jengok kepala cik dayah memandang ye.. nak pergi dekat-dekat malu pulak.. * Abang fairus kawan abang cik dayah sempat mengusik lagi.. pergilah sana boleh peluk-peluk SYAFIQ RAHIM.. hahahaha.. kejam kot! saja je nak megusik...*

Tu yang pertama, yang kedua pulak cik dayah tunggu separuh masa kedua sebab boleh masuk free nak tengok team SELANGOR main tu.. kaunter tiket depan khemah kitaorang je.. cik dayah suruh abang fairus jaga khemah. Cik dayah pun masuk masa tu JOHOR FC dah skor 1 SELANGOR masih lagi 0, takpe-takpe apa ada hal.. selangor kan hebat, cik dayah pun masuk ikut pintu A, sambil jalan tu terus nampak padang rupanya antara tempat duduk penonton dengan padang dekat je.. so cik dayah nampak la pemain selangor dekat-dekat *cuba banyangkan perasaan cik dayah time tu terharu kot!* Lepas masuk tu cik dayah bersandar kat tiang je malas nak duduk, sambil dok tengok tu nampak la SYAFIQ RAHIM dari dekat nampak RAZMAN ROSLAN dari dekat nampak hensem pulak.. hahahaha. Nampak ASRARUDIN PUTRABAKSO BALABAN iisshhh terharu ye.. cik dayah minat giler kat team SELANGOR.. dari dulu lagi.. 

Masa permainan dah  masuk minit ke 70 cik dayah pun ingat nak beredar la cepat ke khemah kesian pulak kat abang fairus, dengan SELANGOR belum GOL lagi.. cik dayah menyampah pulak dengan penyokong JOHOR FC duduk maki-maki pasukan SELANGOR, apa diaorang ingat JOHOR FC tu terel sangat ke?? cik dayah pun slow-slow lah beredar dari situ, dalam perjalanan di luar stadium nampak pulak kakak ipar cik dayah tengah tengok dari luar pagar cik dayah pun join la.. masa tu minit ke 81 barulah SELANGOR GOL!! cik dayah pun menjerit la.. hahahaha.. tapi tak boleh bla kot semua penyokong JOHOR FC pandang.. *macam mana nak cover malu tu??*  peduli apa janji SELANGOR GOL! seri pun seri la... dapat gak 1 mata dari tak ada mata kan?

So habis je perlawanan tersebut cik dayah cepat- cepatlah keluar sebelum bersesak-sesak.. sampai je kat khemah abang fairus cakap " hai tengok sampai habis?" sebenar ye dia pun tunggu turn nak masuk gak.. hahahaha.. tapi  tak kesampaianlah! so kitaorang pun start mengemas dalam pukul 1.00 lebih baru gerak balik.. singgah perhentian mandi dan makan.. dan teruskan perjalanan selama lebih 5jam... makkaii lenguh pinggang semuanya lenguh.. kata nak berjalankan?? ambik la!

Ok la.. memang best pengalaman tu, jalan-jalan ke tempat orang.. lepas ni dengar ura-ura nak ke terengganu atau pun kedah.. berjalan lagilah kami.. ! Untung la....