Pages

Memaparkan catatan dengan label Cerekarama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerekarama. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tragedi October!

07 October 2011, cik dayah baru je balik kerja pukul 6, so temankan lah kawan baik cik dayah ke Maybank. Nak bank in katanya. So smapai je depan pintu bank tu, diaorang tengah repair mesin deposit cash tu, so abg2 guard tu menjaga la. cik dayah tanya lama ke? abg  tu cakap 10 minit *takde makna ye 10 minit rasa macam setengah jam.* dah la ada sorang abg ni gatal semacam je tengok. siap buat gaya nak no phone! iisshh.. please la..

Cik dayah dengan ika dok borak2 juga la. sambil tergelak2! *kitaorang memang kepoh!* abg yg tinggi sikit tu asik pandang jer *tp bukan yg mintak no phone tu tau, abg yg sorang lagi* kejap dia kata 5 minit pulak. naik lenguh kaki berdiri. cik dayah sampai dah menyorok2 belakang ika sebab ci dayah tak nak pandang diorang la.

Kejap2 lagi abg yang tinggi tu panggil " dia kata masuk la bahaya kat luar tu " * masalah nya dah berzaman kami kat luar ni baru nak ajak masuk? * aku pun jawab " kat dalam macam lagi bahaya jer " abg tinggi tu senyum je! dgn abg yg mintak no phone tu aku buat tak tau jer!  * kejamkan?* aku lagi suka kat abg tinggi tu tak over dos sangat. yg sorang tu miang semacam jer!

Kami pun masuk la, mesin pun siap di repair. abg yg tinggi tu cakap dengan aku. " balik dulu ye nanti jumpa lagi.. Amin! * mane la tau kan berjodoh pulak! aku pun senyum je! Mudah2an...

P/S: Sekadar hiburan di kala sunyi jer! CINTA? ooppss tak mungkin! 


Selasa, 28 Jun 2011

Al Kisah Mamat Sebelah Rumah

Lama tak menulis nie!! tibe-tibe cik dayah teringat al kisah mamat sebelah rumah pulak. Dulu suka jugak pandang-pandang dia *sebab tak dapatkan?* Time kenduri kawin rumah dia mesti cik dayah pergi, semata-mata nak tengok dia, nak kata hensem takde la sangat tapi suka tengok dia.. Gaya dan penampilannya.. *cewah!!* tapi suka tengok je takde la rase nak feeling-feeling pun.

Tup-tup pada satu hari tu, cik dayah terjumpa la no phone dia kat kad kahwin abg dia, so apa lagi terus la misscall. Tau tak apa dia balas, dia mesej dia kata " kalau setakat nak misscall tak payah la, dia takde masa nak main* maakkaaiii... dalam hati cik dayah sombong betul mamat ni! benci betul membaca ye.. takpe sabar lagi tu..

Selang beberapa minggu kemudian, cik dayah pun gatal tangan gak misscall dia lagi.. lepas tu kami berbalas SMS pulak, bahasa dia kasar betul, asyik memerli je, sabar jela! lepas berbalas sms tu cik dayah geram la, last-last bagi sms kat dia " awak ni exsyen betulkan? orang nak kawan ye bukan apa pun!"  lepas tu dia balas, " mana ada exsyen, cuma saya nak tahu sape awk! " lepas tu terangkan la semuanya. lepas tu kawan -kawan jela.

Tapi sekarang dah takde berbalas sms pun, dah berbulan-bulan lamanya ,dia pun tak berminat nak berkawan kot! biarkan la.. minggu lepas baru ternampak dia kat kenduri kawin rumah sepupu cik dayah! tu pun pandang gitu-gitu je! nama pun mamat sebelah rumah je! lama-lama dah lupa! hehehe...