Pages

Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan

Selasa, 8 Januari 2013

Cerita Terbaru

Assalamualaikum..

Berkurun lama ye tak menulis di sini. Atas sebab kesibukkan yang melampau *takkan kot sibuk sangat?* memang sibuk sangat. Kita pun dah masuk tahun baru 2013!  " SELAMAT TAHUN BARU 2013 ". So azam baru? azam tahun lepas pun tak tercapai lagi..

Bulan 12 tahun lepas aku sibuk meniaga untuk kempen Piala AFF Suzuki memang sibuk sangat. Lagipun internet dekat office problem sangat ni pun guna broadband. Nak cerita sikit pasal kempen AFF Cup memang gamat sangat tu, dengan ramai penyokong. Yang bergaduh ada, masuk tv pun ada. Masa tu penyokong Malaysia memang ramai sangat kebetulan Malaysia pun keluar jersi baru so memang la ramai membelinya. Kebetulan tempat kitaorang ada buat nama pada jersi so orang ye pun bukan main ramai la lagi. Sangat seronok time tu, happy gile kot time niaga tu. Jodoh jangan cakap la.. bukan main banyak pilihan.. hehehe..

Mula tahun lepas aku ikut niaga dengan budak-budak kelantan, remaja lagi umur dalam lingkungan 19-25 tahun, tapi serius pandai sangat niaga, bos ye pun muda lagi. Bos ye ada juga buat bisnes online, dia jual jersi secara online, nama blog dia " KEDAI SUKAN PAKZUE " Hebat betul diaorang ni sangat pandai mencari duit. Aku memang respect!.

Ingat lagi pasal bola tak suka penyokong kelantan tup-tup majoriti yang berniaga dekat stadium tu semua orang kelantan dan mereka sangat baik serta peramah, tak baik buruk sangka tau. Tu la tak kenal makan tak cinta *katanya..* Bila niaga dengan diaorang ni sangat sporting, dengan gila-gilanya semua adalah. Jenis hormat orang takde ye nak maki-maki orang. Entahla aku dah ikut beberapa orang niaga tapi budak-budak ni paling best mungkin sebab diaorang muda lagi kot!  

Nanti aku akan ceritakan pengalaman kitaorang berniaga di PESTA PENANG dari 1 Disember 2012 - 1 Januari 2013. Pesta ni memang berlangsung selama sebulan, tapi aku join niaga 4 hari je pun. Ada kerjakan so kene utama kerja dulu kitaorang join pun time cuti sabtu, ahad dan cuti new year. Nanti aku akan ceritakan pengalaman berniaga di tempat orang..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kita Ada Cerita ~ Satu

Assalamualaikum...

Kita ada cerita tau.. malam tadi sesudah azan isyak bergema selang beberapa minit kemudian aku pun keluar dari bilik dan terus berlari ke pintu rumah untuk melarikan diri dari mak *suspen kan??* hahahaha.. takde la.. aku sebenarnya nak mengelakkan dari mak aku tahu yang aku nak keluar. Bukan tak nak bagitau tapi nanti bila dia membebel cerita 3 tahun lepas pun dia ungkit.. janji abah tahu aku keluar kire ok la tu.. tapi dengan tidak semena-mena saat aku berlari pantas tu mak tibe-tibe keluar dari bilik dia.. alahai... kantoi!! so terjadi la drama sebentar..

Mak : " Kau nak kemana tu?" soal mak garang *seram beb!*
Aku : " Nak pergi rumah ika kejap, ada hal nak bincang " sambil jantung duk dap duk dap *kate ko!*
Mak : " Apa di buat? tu karang pukul 12 malam baru ingat nak balik!! " tegas mak * dia risau sebenarnya. aku ni faham tapi aku ni degil *

Ada ke pukul 12 malam baru balik? sebelum pukul  11 aku dah balik la.. bukan jauh pun rumah si ika tu.. selang 4 titi je.. *konon-konon la*

Aku pun terus menjawab..

Aku : " Takde orang balik lambat, pergi kejap je " sambil di perhatikan oleh abah aku.. * dia perhatikan je anak dia ni.. degil !! *

Mak aku pun geleng kepala.. aku pun apa lagi terus cabut la.. hahahaha.. *tak baik betul! jangan meniru aksi tersebut. Apa-apa aku nak kemana-mana memang cakap dengan mak, siap salam cium tangan laga-laga pipi lagi.. walaupun mak akan membebel lepas tu.. *

Ok sambung balik..

Niat aku ke rumah ika tu bukan nak melepak saja-saja tapi ada misi dan visi... amboi!! so abaikan.. Kitaorang nak bincang pasal pergi mandi ari terjun sabtu ni tapi tak tau kat mana. Search berbagai-bagai air terjun kat malaysia terutama kat selangor.. * yelah kitakan tinggal kat selangor * bila di fikir-fikirkan  * nasib baik tak search air terjun victoria kan???  puas nak ke sana nanti * ok stop! Cari punya cari kesimpulannya tak dapat jugak.. so hari ni kene bincang lagi walaupun esok dah pergi..

Aku dok rancang la nak goreng bihun dengan buat kuih.. * makkaii rajin ye.. anak sapa la ni? * Balik tu cakap la dengan mak hari sabtu ni nak pergi mandi air terjun dengan family ika.. so saksikan drama ini..

Aku : " Mak sabtu ni orang nak pergi mandi air terjun dengan family ika " sambil tangan mengurut badan mak.. kena la urut ok.. nak memujuk ni ok..

Mak pun diam seribu bahasa tanpa membalas sepatah pun... aku dah tahu confrim punya dia membebel..! takpe aku akan cakap lagi nanti.. aku bukan pergi dengan pakwe pun *ada pakwe ke? jeng jeng jeng.. * aku pergi dengan family ika. Akan ku jaga kesopanan dan ketatasusilaan diri ini.. begitulah hendakkannya..

Ok tu jela cerita ye...

To Be Continue...


Rabu, 10 Oktober 2012

Al Kisahnya...

Assalamualaikum..

Aku nak cerita ni.. semenjak dua menjak dah pandai berblackberry messenger atau BBM ni. Tiba-tiba aku di kejutkan dengan sorang mamat ni.. wajah beliau saling tak tumpah macam kekasih lama.. * kekasih ke? * apa-apa lah.. aku tak sangka muka diaorang boleh sama dan niat aku berkawan dengan dia bukan  sebab muka mereka sama.. sebenarnya bukanlah sama sangat cuma adalah iras-iras mungkin dari segi pandangan mata akulah, kalau orang lain aku tak tahulah. Mula-mula dulu aku kawan dengan dia tak perasan pulak mukanya ada iras-iras, bila lama-lama tengok gambar profile beliau so adalah iras-iras... cukuplah buat tambah-tambah.. hahahaha...

Tadi tengahari pergi Public Bank tiba terpandanglah satu mamat hensem kat kaunter tu, dia baru kat situ. Macam mana aku tahu? aku tahulah sebab akukan selalu pergi Public Bank tu. Selalunya akak cina tu jaga kaunter tu mungkin dia cuti bersalin * aku tahulah sebab akak cina tu pregnant * di sebabkan itu mamat tu jaga kaunter tersebut. Tapi dah banyak kali pergi tak dapat jugak no kaunter mamat tu nampak sangat takde jodoh!! hehehehe.. ye jugakkan?? So kesimpulannya lupakan mamat tersebut..

So itu jelah....

To Be Continue...

Jumaat, 20 Julai 2012

Cerita Saya

Saya ada cerita hari ni.

Cerita yang pertama, saya membuat perubahan dalam hidup saya, yang saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan kuih raya. Saya tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti saya akan belajar membuat kuih raya dan menjualnya. Saya hanya menjual 2 jenis kuih raya iaitu biskut koko cips dan biskut nestum. Ramai yang menanya saya kenapa buat 2 jenis je. Bukannya tak nak buat biskut lain tapi saya tiada masa. Lainlah kalau saya ni suri rumah sepenuh masa. kan?? Bersilat la saya membuat kuih tahun ni.

Cerita yang kedua, setelah berbulan-bulan saya menanti akhirnya cerpen saya di terbitkan juga di majalah media hiburan bilangan 1416. Seronoknya saya!!! lama sangat tunggu ni! patut la jantung berdebar-debar masa selak-selak majalah tu.. Rupanya ada kejutan tau.. Tahniah kepada sayalah..

Cerita yang ketiga, bukan saya tak tahu ada orang memburuk-burukkan saya dan saya tak peduli dengan apa orang nak kata sebab ini hidup saya dan saya yang tentukan baik dan buruk hidup saya. Saya tak peduli orang nak dengki dengan saya sebab ini adalah rezeki saya. Adakalanya saya hairan kenapa ada saja orang yang tak puas hati dengan saya, sungguh saya tak sangka.

Dan cerita yang terakhir, esok kita akan menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK tak sabar rasa nak menyambut bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Saya sangat berharap saya dapat menunaikan ibadah dengan baik tanpa benda-benda yang merunsingkan hati saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, mudah-mudahan AMIN...

P/S: Tak sabar juga nak ke bazar, apa aje la diorang ni jualkan? esok kita pergi la tengokkan?

Khamis, 12 Julai 2012

Menunggu atau Mencari?

Untungkan kawan-kawan saya yang sudah bertunang dan yang sudah berkahwin? padahal saya masih di sini seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tahun ni rasanya ramai sekali kawan-kawan saya yang bertunang. Adakalanya terbit rasa cemburu di hati saya, kenapa saya belum menemui kebahagian saya? kenapa saya belum menemui pasangan saya? sedangkan saya sudah bersedia? Mungkin Allah belum beri jalan pada saya, mungkin juga Allah sedang menyediakan pasangan yang terbaik untuk saya. Saya hanya perlu bersabar, berdoa, menunggu atau mencari "DIA" dalam hidup saya. Saya percaya bahawa kita di jadikan oleh Allah berpasang-pasangan dan suatu hari nanti saya akan jumpa pasangan saya.. InsyaAllah ada jua pasangan saya. Cuma waktunya cepat atau lambat saja kita di temukan. Dan saya hanya perlu menunggu atau mencari sahaja. Dan InsyaAllah bila saya sudah bertemu pasangan saya, saya akan berbahagia hingga ke akhir hayat saya. InsyaAllah... semua yang terjadi dengan izin-NYA.

Khamis, 10 Mei 2012

CERITA HARI INI

ASSALAMUALAIKUM..

Lama sangat cik dayah tak menulis disini, sebab yang pertama internet problem, sebab yang kedua belum ada story morry ye..  dan lain-lain. Macam yang berlaku sepanjang cik dayah tak menulis disini,  antaranya dapat beli handphone baru! hahaha... tu pun nak hebohkan? yelah bukan senang nak beli tu...

Sekarang dekat office cik dayah banyak sangat kerja, macam-macam kerja kena buat pening yela... semua nak kena buat cepat-cepat.. URGENT KATANYA.. terkejar-kejar la cik dayah seorang diri... biasalah nama pun kerjakan?

Semalam tengok bola SELANGOR kalah kot dengan NEGERI SEMBILAN!  apalah selangor ni time penyokong ramai kalah pulak... hampa je semua! yelah menang kalahkan adat pertandingan.. tapi haruslah menang jugak..

19 MAY 2012, ni FINAL PIALA FA KELANTAN vs SIME DARBY.. terhatu kot seme darby pergi final.. kira kelab pertama ke Final Piala FA la... untungla! tapi Kelantan walaupun hebat jangan memandang rendah pada pasukan Sime Darby.. mane lah tau.. diorang menang pulak!

Abang cik dayah mesti niaga punya.. tula yang best. Dok nak caro jodoh tak jumpa-jumpa gak... hahaha! gatai.... ok la daaa...

Isnin, 16 April 2012

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Ok, setelah selesai berniaga di Stadium MP Pasir Gudang sempena liga super SELANGOR vs JOHOR FC, cik dayah nak cerita tentang suasana masa niaga tu. Penonton tak berapa ramai dan sudah semestinya penyokong Johor FC lagi ramai la.. Selangorkan jauh so?? nak buat macam mana.. * tapi cik dayah tabik pada penyokong kelantan walaupun pasukan kelantan main dekat negeri mana pun tetap penyokong ye ramai.. lagi-lagi kalau main kat Stadium Shah Alam, nampak sangat orang kelantan ramai kat Selangorkan?? *

So masa cik dayah tengah duduk-duduk termenung lepas siap berkemas, terkejut cik dayah dengan bunyi siren motor polis rupa-rupanya bas pemain selangor lalu depan cik dayah je.. tapi al-maklum la cik dayah ni pendek, bas tu tinggi sangat tak nampak pun player ye.. * nampak kaki pemain je sebab ada pemain kaki ye naik atas.. hahahaha..* lepas tu bas tu berhenti dalam jarak 100m je, pemain semua turun dari bas.. terjengok-jengok kepala cik dayah memandang ye.. nak pergi dekat-dekat malu pulak.. * Abang fairus kawan abang cik dayah sempat mengusik lagi.. pergilah sana boleh peluk-peluk SYAFIQ RAHIM.. hahahaha.. kejam kot! saja je nak megusik...*

Tu yang pertama, yang kedua pulak cik dayah tunggu separuh masa kedua sebab boleh masuk free nak tengok team SELANGOR main tu.. kaunter tiket depan khemah kitaorang je.. cik dayah suruh abang fairus jaga khemah. Cik dayah pun masuk masa tu JOHOR FC dah skor 1 SELANGOR masih lagi 0, takpe-takpe apa ada hal.. selangor kan hebat, cik dayah pun masuk ikut pintu A, sambil jalan tu terus nampak padang rupanya antara tempat duduk penonton dengan padang dekat je.. so cik dayah nampak la pemain selangor dekat-dekat *cuba banyangkan perasaan cik dayah time tu terharu kot!* Lepas masuk tu cik dayah bersandar kat tiang je malas nak duduk, sambil dok tengok tu nampak la SYAFIQ RAHIM dari dekat nampak RAZMAN ROSLAN dari dekat nampak hensem pulak.. hahahaha. Nampak ASRARUDIN PUTRABAKSO BALABAN iisshhh terharu ye.. cik dayah minat giler kat team SELANGOR.. dari dulu lagi.. 

Masa permainan dah  masuk minit ke 70 cik dayah pun ingat nak beredar la cepat ke khemah kesian pulak kat abang fairus, dengan SELANGOR belum GOL lagi.. cik dayah menyampah pulak dengan penyokong JOHOR FC duduk maki-maki pasukan SELANGOR, apa diaorang ingat JOHOR FC tu terel sangat ke?? cik dayah pun slow-slow lah beredar dari situ, dalam perjalanan di luar stadium nampak pulak kakak ipar cik dayah tengah tengok dari luar pagar cik dayah pun join la.. masa tu minit ke 81 barulah SELANGOR GOL!! cik dayah pun menjerit la.. hahahaha.. tapi tak boleh bla kot semua penyokong JOHOR FC pandang.. *macam mana nak cover malu tu??*  peduli apa janji SELANGOR GOL! seri pun seri la... dapat gak 1 mata dari tak ada mata kan?

So habis je perlawanan tersebut cik dayah cepat- cepatlah keluar sebelum bersesak-sesak.. sampai je kat khemah abang fairus cakap " hai tengok sampai habis?" sebenar ye dia pun tunggu turn nak masuk gak.. hahahaha.. tapi  tak kesampaianlah! so kitaorang pun start mengemas dalam pukul 1.00 lebih baru gerak balik.. singgah perhentian mandi dan makan.. dan teruskan perjalanan selama lebih 5jam... makkaii lenguh pinggang semuanya lenguh.. kata nak berjalankan?? ambik la!

Ok la.. memang best pengalaman tu, jalan-jalan ke tempat orang.. lepas ni dengar ura-ura nak ke terengganu atau pun kedah.. berjalan lagilah kami.. ! Untung la....

Khamis, 12 April 2012

Indahnya Bermimpi

Malam tadi aku mimpikan dia... tiba-tiba dia muncul dalam mimpi indahku.. kami hanya mampu bertentang mata. Tiada apa yang kami bincangkan.. hanya mata saja yang memandang. Hanya itu saja yang mampu mentafsir perasaan kita. Ya Allah  sungguh aku rindu sangat perasan itu. Sudah 8tahun peristiwa itu berlalu, namun semuanya masih segar di ingatan ku. Setiap gerak langkah mu.. setiap gerak geri mu.. semua terpahat dalam hati ku. Kiranya kita ada jodoh takkan aku biarkan kau pergi lagi.. Sungguh!

Selasa, 10 April 2012

Berjumpa dengan novelis terkenal DAMYA HANNA & ALEYA ANEESA


Terharu kot! makkaaii.. jumpa dengan novelis terkenal tanah air ni.. hahahahahaha.. korang ada?? iisshhh.. berlagak dah kan?? tak baik betull!!.. Pada hari Ahad, bertempat di One Plaza Kuala Selangor cik dayah bertemu la dengan novelis terkenal.. Best kot!! selalu baca karya nye je tapi hari tu dapat jumpa orang ye..  adik cik dayah la menemankannya.. siapa lagi kan?? minta diaorang sign kat novel terbaru masing-masing.. dan dengan bangga ye tunjuk kat emak! *tak baik bangga dirikan??* tapi takpe masa tu je belagak ye.. semoga ada kesempatan nak jumpa lagi.. Untung la kan?? Peace!!

Jumaat, 6 April 2012

Cerita Sepetang

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PETANG. Dah lama rasanya cik dayah tak edit blog ni.. penat memikir nak edit blog macam manakan?? so hari tak adalah cerita yang menarik cuma cik dayah selsema sikit, pening kepala ni. Esok dah cuti, sabtu ahad kan? nak ceritalah pasal birthday minggu lepas. Tak ada sapa yang bagi cik dayah kek tau!!! sedihhnyaaa... tahun lepas dapat 3 kek tau.. tahun ni langsung takde! apa nak di katakan?? redha jer ler..

Minggu lepas cik dayah ke Melaka bertempat di pantai puteri selama 3 hari, tolong abang cik dayah niaga. Tiba-tiba teringat pulak memori-memori yang pernah terjadi kat tempat yang sama.. hahahahahaha.. *gelak gedik!* bilakah akan ketemu dia lagi..?? tertanya-tanya gak. Tapi kan asalkan dia niaga kat stadium mesti jumpa punya, tapi mesti kes ada rezeki dan jodoh la baru boleh terjumpa. Harap-harap jumpa lah!

Dan cerita-cerita yang lain to be continue next week....

Khamis, 29 Mac 2012

SELAMAT HARI LAHIR KE 23!!

HAPPY BIRTHDAY
NURUL HIDAYAH BINTI ALI..

*Cik Dayah Punya Birthday La Semalam*
28 March 2012 ~ Rabu

Semoga Panjang Umur..
Di perluaskan Rezeki..
Cepat Dapat Jodoh..
Semoga Bahagia Di Samping Keluarga Serta Saudara Mara Yang Tercinta!!
...AMIN...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Dynas Nursing Attire ~ DNA



2hb 10 2011 lepas malam tadi penat2 berniaga di stadium, pagi2 cik dayah ikut la kak ipar ke tempat kerja di kat THE CURVE - MUTIARA DAMANSARA. Sebab bosan dekat rumah sorang2 lagipun takde teman. Ikut la. akak ipar cik dayah ni kerja dekat kiosk dynas. *macam terharu la kan?*

Sampai je tolong la kemas2 sikt2 lepas tu tak tau nak kemana. cik dayah  jalan2 kat IKEA & IKANO. *berani tau jalan sorang2.. nasib baik tak sesat..* Singgah dekat kedai buku POPULAR. Boleh giler cik dayah tengok novel! iiissshhh.. rasa macam nak beli semua.. best!

Ada la ambik gambar sikit!











P/S: Ingatkan dapat jumpa dynas. rupanya tak ada rezeki. tak apa lah. nak buat macam manakan?


Khamis, 6 Oktober 2011

Jalan2 ke i-City!

30hb 9 2011 yang lepas cik dayah pergi la rumah abg cik dayah, macam biasa la esok ye ada perlawanan bola kan. so tunggu bas pukul 6.30ptg dalam pukul 7 baru dapat bas ke klang. Sampai klang abang cik dayah ambil la. So sementara menunggu abang cik dayah yang tak sampai2 tu tekak cik dayah ni macam teringin pulak nak makan sate so tibe2 ternampak pulak orang jual sate kat klang tu. *padahal dah tau tempatnya kat mana.. propa je lebih!!* so g la makan, order 6 cucuk jer.. tu rasa nak tercekik je! siap tertumpah air lagu.. hihihi... entah apa2 kan?

So lepas abg cik dayah sampai tu dalam perjalanan ke shah alam tu masa kat toll ternampak la i-city so cik dayah cakap dengan abg cik dayah, "abang jom pergi i-city *Al-maklumla tak pernah pergi kan? hehhehehe!!!* abamg cik dayah pun belok la.. so kami pun pergi la bersama2. cik dayah. abang n akak ipar. best la pergi nanti takde la di kuno2 kan? hehehe...

So cik dayah nak share gambar2 ler...


comel ler tue!! hihihihi...


abang & akak ipar


main cak2 kejap..

~ ANTARA GAMBAR2 NYA LAGI ~










Dah la!





Selasa, 27 September 2011

Dulu, Kini Dan Selamanya..

Setelah lama tak berhubung dengannya, akhirnya tadi dia menyapa ku di fb milikku pada waktu petang tadi. Rasa rindu telah lama mekar dalam hati ku, ibarat bunga-bungaan yang mekar dalam taman impian. Lalu mekar lah senyuman di bibirku.. Cewah! Intro bukan main lagi.. hihihihi.. waktu untuk jiwang sebentar..

Ceritanya macam ni, cik dayah  kawan dengan dia dah lama sangat, dari time sekolah2 lagi, cik dayah memang minat kat dia tapi tak ada la tersangat minat, cuma kadang2 terindu2 la.. dia selalu sangat menghilang kejap ada kejap tak ada, macam biskut chipsmore ler.. kalau time dia cari cik dayah mesti nak cite pasal awek terbaru dia *dia ingat aku ni tunggul kayu ke? buat macam tak ada perasaan jer!* 

Kitaorang minat sangat baca novel, novel yang paling kami minat novel 'BICARA HATI' memang masing2 suka share cite pasal novel tu. masa tu rasa macam rapat je. macam dia tu kita punya. *ada la berangan2 sikit!* lagi satu dia ada jugak call2 cik dayah tapi time dia dapat call free la, *al maklumla orang tak penting, so buat apa nak call selalu kan?* yang best ye dia mesti nyayikan lagu sofea jane time kitaorang borak2 tu, sebab cik dayah suruh dia nyayi. rasa bahagia sangat mendengarnya, bait2 lirik tu masa dia nyanyi macam nak sampaikan pada cik dayah jer! tapi cik dayah cepat2 tersedar.. jangan perasan orang tu tak ada apa2 perasaan pun. hihihi...

Mungkin dia suka kawan dengan cik dayah sebab selalu share cite pasal koleksi awek2 dia, mana yang sesuai atau tak semua cik dayah komen. Kira macam bagi pendapat la, tapi akhirnya telah lama cik dayah memikirkan hal ini, cik dayah rasa lebih sesuai jadi kawan daripada terlebih2 ke arah lain. So moral of the story jangan rosakkan persahabatan yang dah lama terjalin sebab perasaan bodoh ni! walaupun rasa di hati tak siapa yang tahu.

P/S: Memang rasa suka kat dia, tapi rasanya cik dayah ada suka orang lain.. hihihihi

Ahad, 25 September 2011

Bonda...

Hari isnin lepas mak cik dayah masuk hospital, gara2 badan dok mengigil2! tup2 penyakitnya darah masuk kuman.. tu pasal mengigil2 n demam teruk... dapat lagi penyakit baru, jantung bengkak pulak. macam2 penyakit mak pulak kan? so sekarang kena catu air supaya badan tak lebih air sebab nanti boleh bagi kesan dekat paru2 pulak. kesian dekat mak, cik dayah bergilir2 jaga mak dekat hospital, sebab ada yang boleh tengok2 kan mak.

Cakap pasal doktor yang rawat tu.. makkaaii hensem yer.. kalau sakit tengok doktor terus baik! cakap pun lembut jer.. aku ni menengokkan aje doktor tu merawat mak cik dayah, dalam hati ffuuhhhh!! ALLAH saja yang tahu.. tapi setakat tengok je bukan dapat pun kan?? hehehe... buat cuci2 mata je! 

P/S: Semoga mak cepat sembuh! SAYANG MAK SANGAT2!!!