Cik dayah kalau tak ada kerja, cik dayah kembali kepada hobi cik dayah iaitu mengarang pantun. Pantun ni adakalanya susah sangat nak buat dan adakalanya senang sangat mendapat ilham. Inilah antara pantun-pantun yang cik dayah karang di waku sunyi.. mari kita baca..
Hati terpaut pada si dia
Menanti waktu kunjung mejelma..
Siapakah kau gerangan teruna..
Mampu membuat hatiku gembira..
Aku menanti penuh sabar
Mencari erti cinta dan kasih sayang
Adakah kasih akan terjumpa
Bersama-sama meyulam cinta…
Sudah lama ku tunggu di kau..
Wahai putera idaman dara
Kesana kemari daku berdebar
Bilakah kita dapat bersua?
Megejar cinta pasti kembali
Di ufuk timur terbit mentari
Kemana sang cinta daku menanti
Di dalam samar nampak berdiri..
Aku duduk seorang diri
Bersama-sama menunai janji
Harapan ada pada yang sudi
Kiranya bila dapat manemani?
Ku kira panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari..
Ku kira bila hati ku girang
Rupanya terluka di panah duri..
Datuk panglima pergi ke pekan
Pergi ke pekan membeli pelam
Ku rasa hati kini tertekan
Mencari mu hingga ke malam.
Di mana sang kekasih jauh di mata
Lama ku tunggu di dalam resah
Di kau tiada hati ku gundah
Mengapa pergi meninggalkan hamba?
Siapakah dia gerangan tuan hamba
Bersama-sama membuai rasa
Tidakkah bermakna hamba di mata
Hingga Tergamak mendua cinta..
Sudah cukup sampai di sini
Menanti cinta tak kunjung lagi
Bukan mengharap pada yang tak sudi
Rasa cinta belum lagi kembali
Burung merpati terbang di awan
Singgah sebentar hinggap di dahan
Bukan niatku berdusta sekalian
Cuma perlu waktu bersendirian.


