Pages

Memaparkan catatan dengan label Wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2012

BFF dah selamat menjadi isteri orang..



AIN & SYAHIR
( cik dayah yang pakai baju hitam tau! ni time nikah dekat masjid )

Rasa macam tak percaya yang BFF cik dayah SITI NURAIN dah kahwin, rasa sedih?? ada la sikit. Siapa yang tak sedihkan?? cik dayah kawan dengan ain dah lama dari zaman sekolah lagi. Suka dan duka kami bersama, gelak ketawa dan airmata kami lalui bersama.. apa lagi doa dari sahabat ini?? cuma harapkan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat di kandung badan.. Amin..

Cinta mereka bermula agak aneh. Cik dayah yang menyaksikan cerita cinta mereka berdua dari zaman persekolahan. Di saat kedua-duanya suka sama suka tapi malu mahu berkata-kata. di saat masing-masing sering pandang - memandang, jeling - menjeling, lambai - melambai dan akhirnya mereka bersatu... bahagia rasanya... cik dayah sebagai kawan bahagia sangat yang kawan baik cik dayah kahwin. Itulah impian dia yang pasti impian semua orang mahu bahagia.

Siapa yang tak mahu kahwinkan?? Bahagia dengan orang yang dia sayang, lalui hif\dup bersama orang yang boleh menjaga kita buat selama-lamanya selagi masih bernafas di muka bumi ini.. Harap sangat semoga bahagia seperti yag di ingikan....

P/S: Hari cik seorang lagi kawan cik dayah nikah. apa-apa pun selamat berbahagia kawan....

Selasa, 10 Januari 2012

Selamat Berbahagia Kawan!

Hari cik dayah nak cerita pasal kawan-kawan cik dayah yang menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2011. wah tak sangka ramai sangat kawan cik dayah yang kahwin, yelah dah sampai serukan? cik dayah bila lagi? huhuhu mana la tau kan cik dayah kahwin time 12.12.2012 pulakkan? alah urusan jodoh semua kerja ALLAH kalau jodoh dekat so cepatlah, kalau jodoh jauh lagi so lambatlah! *tapi mak asyik tanya-tanya je* tunggu la mak.. andai ada jodoh tak kemana...

FARAZUL NAZRIN & ROHANI
24.04.2011


SITI AMIRA & SUAMI
08.05.2011


KHAMISAH & SUAMI
.09.2011


SITI AZAMA ZAIRIN & SUAMI
11.11.2011


SITI MASTURA & SUAMI
25.11.2011


JULIA & SUAMI
27.11.2011


SHAHIERA & SUAMI
11.12.2011

Semoga mereka semua akan berbahagia hingga ke akhir hayat, tahun ini yang akan membuka tirai perkahwinan adalah cik SITI NURAIN kemudian cik NUR HIDAYAH pula. Moga semuanya akan berjalan lancar. Doakan cik dayah bertemu jodoh juga! AMIN....