Pages

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 April 2012

LIGA SUPER 2012 : SELANGOR vs JOHOR FC


sumber goole


Assalamualaikum.. wah tak sabar rasanya nak ke johor esokkan?? sempena perlawanan bola sepak liga super antara SELANGOR DARUL EHSAN vs JOHOF FC.. ni bukan pasal tak pernah pergi johor tapi cik dayah paling suka jalan jauh-jauh ni.. Abang bawa van cik dayah tidur la.. hahaha.. *jahat betul!!*  semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.. Amin..

Tarikh     :  14.04.2012
Masa      :  8.45 malam
Tempat   :  Stadium MP Pasir Gudang, Johor

Semoga pasukan SELANGOR akan menang besar macam SELANGOR vs TERENGGANU hari tu... cayalah!! SELANGORKAN DARUL EHSAN....

Selasa, 20 Mac 2012

LIGA SUPER 2012 : SELANGOR vs LIONS XII

VS  


PERLAWANAN BOLA SEPAK LIGA SUPER 2012 - SELANGOR VS LIONS XII

Tarikh   :  20 March 2012
Waktu   :  7.45 Malam
Tempat  :  Stadium Jalan Besar, Singapura.

Bersiaran Langsung di Astro Arena - " Nadi Sukan Malaysia "

Wah tak sabar nak tengok malam ni!! best!! yang pasti harap sangat SELANGOR menang! SELANGOR KAN DARUL EHSAN... Cayalah! THE RED GIANT!!! 

Kita tengokkan nanti siapa yang akan memenangi perlawanan tersebut..  Adakah SELANGOR atau LION XII??? Jika anda orang SELANGOR MAKA SOKONGLAH SELANGOR!! 
MERAH KUNING BOLEH!!!!                                                    

Selasa, 29 November 2011

MALAYSIA vs BAHRAIN 2011


Ahad lepas 27hb 11 2011, Berlangsungnya Perlawanan Bola Sepak Kelayakkan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil antara MALAYSIA vs BAHRAIN yang menyaksikan malaysia tewas kepada bahrain dengan jaringan 3-2. Apa pun team kita dah buat yang terbaik! teruskan menyokong pasukan negara kita! MALAYSIA BOLEH!!! TANAH TUMPAH DARAH KU!!!

Dan selebihnya cik dayah nak cerita yang cik dayah berniaga pada hari tersebut! apa yang nak di kongsi ye? hari hujan.. hihihi kejap hujan kejap berhenti jenuh nak menyusun semula barang kan? sabar jelah kalau tak buat nanti basah pulak.. karang marah pulak supervisor nepal tu! *merangkap abang cik dayah!!* .

Kami berniaga macam biasa cuma kurang orang datang membeli la.. mungkin mereka dah ada baju kot! kadang-kadang bila perlawanan yang melibatkan negara ni orang kurang nak membeli tapi berbeza dengan perlawanan antara negeri-negeri contoh seperti Liga Super, Piala Malaysia dan lain2 bukan main sakan lagi membelinya. cik dayah seronok tengok penyokong pasukan Terengganu, Kelantan, Selangor mereka memang akan beli punya.. mungkin mereka di kategorikan penyokong yang agak fanatik! tapi seronok macam tu.. baru ada semangat kan?

Ok la sekarang sampai la masa yang di nanti-nantikan cik dayah nak masukkan gambar kami berposing-posing ler.... tengok jangan tak tengok! sempat gak ambil gambar dengan ZARINA AF2 kan? hehehe.. al maklumla dia singgah gerai kami kan??? ambil la gambar.. apalah salahnya kan??

~ANTARA GAMBAR-GAMBARNYA~

 ehem2.. comel tak ni??

ratna, adik angkat cik dayah ni...
  
 ni adik si ratna, suriani namanya.. 

bersemangat nya kan??

bersemangat waja cik dayah ni!!! iissshhhh2...

iissshh2... comel la tuuu....

ni adik angkat baru cik dayah, kamarul izzat namanya...

suka gambar ni!

 adik2 ku kan?? baik-baik belaka....

~ANTARA BARANGAN YANG DI NIAGAKAN~









dan lain-lain.. macam2 ada tau...

P/S: Bulan 12 nanti cik dayah akan sibuk setiap hujung minggu sebab cik dayah kena tolong abang cik dayah niaga untuk konsert2 besar.. sibuk berbenor la nanti kan?? bila la nak kawin kan?? jeng... jeng... jeng!! hehehehe....

Khamis, 24 November 2011

HARIMAU MALAYA MEMBAHAM GARUDA!!


TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA DAPAT MEMPERTAHANKAN EMAS SUKAN SEA  2KALI BERTURUT-TURUT!!! SYABAS HARIMAU MALAYA!! MEMBAHAM GARUDA DI GELANGANG SENDIRI...!! CAYALAH....

Cik dayah bangga sangat yang skuad harimau malaya kita menang.. sangat seronok tengok mereka bermain mati-matian, syabas kepada penjaga gol malaysia *kira hero negara la* kerana banyak menyelamatkan hantaran pihak lawan, INDONESIA...

Tahniah juga kepada semua pemain MALAYSIA kerana bermain sehabis baik untuk mempertahankan pingat emas kita! MALAYSIA PALING HEBAT DI RANTAU ASIA TENGGARA!! SYABAS!!!!

Kiranya dengan kemenangan ni dapat menyedarkan peminat bola sepak kita untuk menyokong SKUAD HARIMAU MALAYA KITA! bukan hanya kalau menang di puji kalah di caci...

Kepada penyokong bola sepak INDONESIA teruskan menyokong pasukan GARUDA! insyaALLAH ada nanti rezekinya.. tak usah la bertikam lidah dengan penyokong kami! sebab WE ARE THE BEST ALWAYS...!!!!

2 tahun lagi kita buktikan kita boleh buat hatrik 3kali berturut-turut.. INSYAALLAH...

AKHIR KATA MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..
NADI SUKAN MALAYSIA!!
MALAYSIA BOLEH!!
HARIMAU MALAYA BOLEH!!
TANAH TUMPAH DARAH KU!

P/S: Akhirnya cik dayah dah buat keputusan nak join niaga ahad ni! MALAYSIA vs BAHRAIN!! YANG PASTI MALAYSIA BOLEH!! SEMUA ORANG BOLEH!!!

Isnin, 21 November 2011

MALAYSIA vs INDONESIA


Malam ni berlangsungnya perlawanan acara BOLA SEPAK SUKAN SEA untuk merebut pingat emas, perlawanan akan berlangsung di STADIUM GELORA BUNG KARNO pada jam 8.00 malam, yang pasti MALAYSIA kena menang la! tak kan nak bagi INDONESIA menang pulakkan??

Cik dayah memang tak sabar nak tengok malam karang kan? balik kerja terus mandi! tak payah nak melencong kemana-mana lagi.. bukan dapat tengok selalu pun.. malam ni cik dayah nak tengok kat ASTRO ARENA! NADI SUKAN MALAYSIA... diaorang mengulas best sikit! penuh informasi...

Cik dayah akan sokong 100% team HARIMAU MALAYA KITA!!! kita kena pertahankan pingat EMAS yang di menangi di LAOS 2009 lalu.. CAYALAH!! MALAYSIA BOLEH BOLEH BOLEH!!!!!!

So jangan la lupa menyaksikannya! sokong lah BOLA SEPAK MALAYSIA...

P/S: Ahad ni 27hb 11 2011 MALAYSIA ada game untuk kelayakkan olimpik.. masalahnya nak join niaga ke tak? belum di fikirkan lagi.. sebab ada member kawin ahad ni.. kita tengok la macam mana dulu...

Rabu, 2 November 2011

Final Piala Malaysia 2011 ~ TERENGGANU vs NEGERI SEMBILAN


Sabtu lepas, 29hb October 2011 berlansungnya Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan TERENGGANU bertemu NEGERI SEMBILAN yang menyaksikan Skuad Penyu tewas di tangan Skuad Rusa! So HOBEN JANG HOBEN LA!

Kami berniaga pada hari tu.. orang jangan cakap la.. cik dayah dah rupa ikan kering kena jemur.. panas ya amat! orang dah la ramai, tapi penyokong pasukan Terengganu memang ramai berbas2 diorang datang! Bayangkan pukul 5ptg jersi & T-Shirt Terengganu licin di jual.. bukan satu kedai semua kedai.. makkaaii.. memang penyokong betul ni! tak kisah saiz besar tak sesuai dengan badan beli jugak! sebab ada jugak kenangan kan?

Cik dayah datang dengan ika sama2.. si ika kerja dia tampal sticker kat muka jela! cik dayah tak kuasa.. jual t-shirt lagi untung ma! hari tu je cik dayah punya sale RM2000 Lebih! gila kan? apa2 pun tahniah TEAM NEGERI SEMBILAN!

Macam biasa la! gambar2 kami ler..

















P/S: Terlambat update lagi kan? huhuhu.. laptop rosak la! tak boleh connection internet.. tak apa la janji dapat tuliskan??

Keputusannya... Selangor vs Terengganu!



Akhirnya.. Pasukan SELANGOR tewas kepada Pasukan TERENGGANU dengan  beza jaringan 2-0. So Sang Penyu memiliki bekalan yang agak selesa untuk melayakkan diri ke Final Piala Malaysia 2011 la. Tapi yang penting Pasukan GERGASI MERAH KUNING harus menang di Terengganu sabtu ini. Harap2 dapat buat yang terbaik...

So jom kita gambar2 kami la... kami kan peniaga di Stadium.. macam biasa la cuaca mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Orang pun tak ramai beli, mungkin sebab terlalu ramai  peniaga. cik dayah join niaga selasa 18hb tu. hehehe.. minta cuti kerja ler.. balik rumah pukul 4pg! rasa nak tercabut mata ni!

~ANTARA GAMBAR2 YE..




















P/S: Sorry terlambat update! bz mehh!! ni jelah kerja kami berposing je!
Akhirnya pasukan SELANGOR TEWAS DI TERENGGANU! Final nanti SKUAD PENYU bertemu SKUAD RUSA. TERENGGANU vs NEGERI SEMBILAN! Adakah peteh ganu peteh atau hobin jang hobin?

Sabtu, 15 Oktober 2011

Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2011

Wah.. MY SELANGOR MENANG LA!! akhirnya pasukan selangor layak ke Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2011. Perlawanan Selangor VS Perak berakhir dengan Aggregat 4 - 1. Jadi Selangor layak ke peringkat seterusnya. Sabar2 ye penyokong Perak, harus terima kekalahan dengan hati terbuka.

Peringkat seterusnya PASUKAN SELANGOR BERTEMU PASUKAN TERENGGANU....




Dengan harapan THE RED GIANT akan menang di STADIUM SHAH ALAM pada hari selasa ni 18 hb 10 2011. Buat bekalan banyak untuk di bawa ke Terengganu. Harap sangat SELANGOR menang..!! SELANGOR BOLEH!!

P/S: Selangor kena menang.. kalau tak macam mana nak ikut niaga kat stadium lagi??

Selasa, 11 Oktober 2011

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011



Menang tu selangor! 3-1 lawan perak.. mudah-mudahan cukup buat bekalan untuk perlawanan suku akhir ke 2 jumaat nie! Jaringan dari shafiq rahim & amirul hadi. All The Best Selangor Kita!

SELANGOR 3 - 1 PERAK 
TERENGGANU 3 - 1 KELANTAN
FELDA UNITED 1 - 0 NEGERI SEMBILAN
SABAH 1 - 2 T TEAM

P/S: Rasa macam nak join je niaga kat perak jumaat ni! tapi tak tau la lagi. takut abang cik dayah tak bagi. tapi yang penting tanya dulu!

Isnin, 10 Oktober 2011

Bola Sepak Suku Akhir Piala Malaysia 2011



Hari ni berlansungnya Perlawanan Bola Sepak Peringkat Suku Akhir Piala Malaysia antara my Selangor vs Perak di Stadium Shah Alam. Yang tak best cik dayah tak join meniaga ok! saya ni berkerja lagi2 main hari isnin kan? kalau hari jumaat bisa di pertimbangkan. Yang penting Selangor kena menang! jangan buat malu orang kampung. go go go Selangor!! PASTI BOLEH!

Jumaat, 7 Oktober 2011

Piala Sultan Selangor 2011



1hb 10 2011 macam biasa la tolong abang cik dayah berniaga. Pada malam ye berlangsungnya perlawanan bola sepak antara pasukan SELANGOR vs SINGAPURA untuk merebut Piala Sultan Selangor. Yang berakhir dengan keputusan Veteran Selangor 3 vs Veteran Singapura dan Pilihan Selangor 0 vs Pilihan Singapura 1 * Gol Sendiri tuuee.. sadis je!

Awal pagi dah datang, pergi stor n terus ke Stadium Shah Alam, lepas tu sementara tunggu kawan2 lain datang cik dayah dok tunggu barang kat stadium sambil makan nasi lemak. ada la terpandang mamat2 hensem sebelah khemah kan? hihihihi...

Tengah dok susun2 barang tu tiba2 hujan turun dengan lebat dan angin bertiup kencang sangat. Ya Allah tak tau nak bayangkan macam mane lagi. sangat teruk keadaannya, air naik sampai buku lali. Jersi2 habis basah, khemah2 peniaga berterbangan sampai patah. kesian abang2, pakcik2 n makcik2 tu. kitaorang tak payah cerita la memang basah kuyup la. semua sama je! lencun.. hihihi.. pengalaman kan? memang seronok pengalaman tu. lepas hujan berhenti ramai2 la tolong angkat khemah2 yang patah tu. diaorang buat besi2 yang patah tu tempat sidai kain. macam kelakar je.

Ni cik dayah nak share gambar la ni tak banyak pun. hihihi..



bersemangat la tu! cewah...


abg sepo jela buat kawan! ika kan tak ada..












~ SEKIAN ~