Pages

Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Dah Habis Raya Ler...

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 27 syawalkan?? kejap je raya kan.. cik dayah dapat duit raya tahun 20 hengget je.. syukur Alhamdullilah.. walaupunkan?? hahaha.. nak buat macam mana awak ni pun dah besar, bukan setakat umur dah meningkat, badan pun makin meningkat-ningkat.. apa  nak buat redha jela..

Saje je last-last raya baru nak masukkan gambar kan?? hehehe.. so layan gambar jela..

Abah & Mak


Cik Dayah & Mak


Dengan Kakak Ipar


Dengan Adik *suke gambar ni*


ni dengan sepupu


dengan cik qaseh *nakal!!*


Mak Bersama Cucu-cucunya..


last picture..
SELAMAT HARI RAYA
walaupun dah nak habis raya!!
tak apa la rayakan sebulan...

Jumaat, 27 Julai 2012

Kisah Nur Qaseh Delaila

Agak lama jugak cik dayah menulis di sini, tapi tak pernah cerita pun pasal keluarga cik dayah kan? cik dayah tiba nak cerita pasal anak buah yang ke 5 (anak abang sulung). Nama dia NUR QASEH DELAILA, amboi nama nak glamor je kan? So si qaseh ni lahir pada 5 Feb 2011 sekarang umur dia dah 1 tahun 5 Bulan. Nakal yela dia sekarang MasyaALLAH.. semua nak di punggahnya. Tak senang hatinya kalau rumah tu kemas.

Sekarang qaseh dah pandai cakap sikit-sikit la.. Dah pandai panggil-panggil. Kalau nampak benda jatuh dia pun sebut YA ALLAH..  tersenyum kitaorang di buatkan. Kadang-kadang dia saja je buang barang tu lepas tu di ketawa. Sekarang kalau panggil atok jadi tatok, wan jadi waa, baba jadi bapak, acik jadi tacik, alang jadi lalang, ucu jadi usuk, yang betulnya sebut mama je.. Ayam pun dia panggil kukuk je.. nampak gambar ayam dalam buku dia panggil mama dia " mama kukuk-kukuk akutnye... " dia takut dengan ayam dia ingat ayam tu nak makan dia.. hahahahahaha.. geli hati di buatnya. 

Qaseh nakal sangat, suka mengajuk cara wan dia berjalan. Yelah wan ye kan sakit lutut tu yang tertengkut-tengkut, dia pun ajuk la.. Nakal betul budak tu.. Kalau atuk dia balik rumah dia dengar bunyi brek motor atoknya dia dah tau dah tatok dia balik .. dia pun cakap " hah *sambil memuncung * tatok-tatok " tau ajekan? Pandai mintak air " nak air nak air katanya " geram je awak menengok ye.. Apa-apa pun cik idah sayang qaseh..!


 - ni masa baru umur 5 hari -

- puting tak boleh lekang ni umur 1 bulan -

- semangat harimau malaya ni umur 2 bulan -

- besarnya mata ni umur 3 bulan -


- amboi pakai tudung pulak ni umur 4 bulan -

- ni dah pandai nak merangkak ni umur 5 bulan -

- suka sangat hisap jari ni umur 8 bulan -

- dah nak mula pandai berjalan ni umur 9 bulan -

 - pinjam telekung kakak dia ni umur 10 bulan -

- nak main buai jugak ni umur 1 thn 3 bulan -

- suka gambar ni semangat merah kuning ni umur 1 thn 4 bulan -

- nak call sapa la tu -

Sekarang qaseh dah 1 tahun  5 bulan apa lagi yang dia tak pandai, buat sepah pandai, main pandai, mintak susu pandai.. semualah pandai.. lupa nak bagi tau qaseh ni anak bongsu merangkap anak ke 5. Semua adik-beradik dia perempuan. 



Ni lah kakak-kakak si qaseh dari kiri yang sulung ( Nurin Ameera, Nurin Alisya, Nurin Azreena, Nurin Azwani ) macam mana nama qaseh boleh lain kan? nanti bila qaseh dah besar mama dia jawabkanlah.

Ahad, 25 September 2011

Bonda...

Hari isnin lepas mak cik dayah masuk hospital, gara2 badan dok mengigil2! tup2 penyakitnya darah masuk kuman.. tu pasal mengigil2 n demam teruk... dapat lagi penyakit baru, jantung bengkak pulak. macam2 penyakit mak pulak kan? so sekarang kena catu air supaya badan tak lebih air sebab nanti boleh bagi kesan dekat paru2 pulak. kesian dekat mak, cik dayah bergilir2 jaga mak dekat hospital, sebab ada yang boleh tengok2 kan mak.

Cakap pasal doktor yang rawat tu.. makkaaii hensem yer.. kalau sakit tengok doktor terus baik! cakap pun lembut jer.. aku ni menengokkan aje doktor tu merawat mak cik dayah, dalam hati ffuuhhhh!! ALLAH saja yang tahu.. tapi setakat tengok je bukan dapat pun kan?? hehehe... buat cuci2 mata je! 

P/S: Semoga mak cepat sembuh! SAYANG MAK SANGAT2!!!

Sabtu, 28 Mei 2011

Cik Dayah Punya Family..

1 Happy Family