Pages

Memaparkan catatan dengan label New Year. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label New Year. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

HAPPY NEW YEAR!!

Walaupun terlambat tulis kat sini kan?? Hehehe… PERKARA YANG PALING BEST DI TAHUN 2011?? Dapat tolong abang cik dayah niaga di Stadium.. tak sangka impian yang dulu jadi keyataan, orang mungkin pelik dengan keyataan ni tapi bagi cik dayah benda ni dah lama jadi impian, dulu cik dayah teringin nak tengok bola di Stadium tapi tak berkesempatan sebab takde siapa yang nak bawakan tapi Allah bagi lebih pada cik dayah bukan setakat boleh tengok bola free  * time separuh masa ke-2 la!! * tapi cik dayah dapat berniaga sekali kan?? Kadang-kadang benda yang kita nak sangat tu susah nak di tunaikan tapi berkat kesabaran kita Allah beri kita lebih lagi… Bersyukurlah….

Yang ke-2, dapat meluangkan lebih masa untuk diri sendiri, banyak masa untuk bersendirian, dapat edit blog * walaupun tak berapa pandai *, dapat membantu kedua ibu bapa dalam mencari rezeki.. dapat beli banyak novel, baju, kasut dll hasil dari gaji sendiri sebagai kerani di Syarikat Swasta, * kerja di Stadium hanya sambilan di masa cuti * lebih berfikir untuk masa depan.. * skema betulkan?? *

Azam TAHUN BARU?? NAK KAHWIN KOT?? Al maklumla cik dayah tahun ni dah masuk 23tahun?? Cepatnya masa berlalu kan?? Sekarang kena fikir nak kena cari jodoh kalau tak nanti mak asyik bertanya je!! Oh tidak.. tu la susah nak cari.. al maklumla orang tak cantikkan?? Orang buta pun tak pandangkan? * yelah sebab dia tak nampakkan * hahahahaha... tapi cik dayah percaya kita sebagai manusia di jadikan berpasang-pasangan, InsyaAllah kita akan bertemu dengan jodoh kita sama ada kita menunggu atau mencarinya….

HARAPAN TAHUN BARU? Nak jadi anak solehah, lebih dengar kata mak dan abah, kurangkan kedegilan. Kena kurangkan makan jajan.. Hehehe.. kena bersemangat masa kerja  sebab barang semua mahalkan.. kena dengar cakap bos time kerja.. hahahaha.. ok cukup! Jangan banyak sangat harapan nanti semua tak menjadi…

APA YANG BERLAKU DI TAHUN 2012?? Kawan baik atau BBF cik dayah iaitu SITI NURAIN KAMARUDIN  akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan 3 2012.. memang sedih sebab kitaorang kawan dah lama, kenal dari sekolah rendah lagi… lagi sedih nak kena beli hadiah! Kata kawan baik takkan nak bagi gelas pulak!  harap dia happy sangat dengan hidup dia, cik dayah sebagai kawan hanya mendokan kebahagian dia, walaupun dia dah kahwin, kawan ini jangan di lupakan…. Moga jodoh di panjangkan dah di limpahkan rezeki yang halal dan menimang cahaya mata yang soleh dan solehah.. AMIN!

OOPPSS!! Ada berita tergempar… hehehe lepas si cik ain kahwin selang seminggu si cik NUR HIDAYAH SUTRISNO pulak yang kahwin.. makkaaiii korang ni menghabiskan duit aku je kan?? hadiah gelas tak nak kan?? Nasib baik cik dayah dapat bonus time raya cina nanti.. lega sikit kewangan cik dayah kan? Cik dayah doakan si NUR HIDAYAH bahagia.. ucapan yang lain sama macam ucapan untuk cik ain.. * penat la tulis banyak kali * seperti yang tertera di atas…

MOGA APA YANG KITA IMPIKAN DAPAT DI MAKBULKAN ALLAH S.W.T, BIARKAN MIMPI KITA SAMPAI KE BINTANG, JIKA TAK MAMPU DI GAPAI CUKUPLAH CUMA DI LANGIT, KERANA TAK SEMUA YANG KITA MAHU KITA DAPAT, APA YANG KITA DAPAT SUDAH  TERBAIK UNTUK DI KENANG DAN DI HARGAI….