Pages

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Julai 2012

Cerita Saya

Saya ada cerita hari ni.

Cerita yang pertama, saya membuat perubahan dalam hidup saya, yang saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan kuih raya. Saya tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti saya akan belajar membuat kuih raya dan menjualnya. Saya hanya menjual 2 jenis kuih raya iaitu biskut koko cips dan biskut nestum. Ramai yang menanya saya kenapa buat 2 jenis je. Bukannya tak nak buat biskut lain tapi saya tiada masa. Lainlah kalau saya ni suri rumah sepenuh masa. kan?? Bersilat la saya membuat kuih tahun ni.

Cerita yang kedua, setelah berbulan-bulan saya menanti akhirnya cerpen saya di terbitkan juga di majalah media hiburan bilangan 1416. Seronoknya saya!!! lama sangat tunggu ni! patut la jantung berdebar-debar masa selak-selak majalah tu.. Rupanya ada kejutan tau.. Tahniah kepada sayalah..

Cerita yang ketiga, bukan saya tak tahu ada orang memburuk-burukkan saya dan saya tak peduli dengan apa orang nak kata sebab ini hidup saya dan saya yang tentukan baik dan buruk hidup saya. Saya tak peduli orang nak dengki dengan saya sebab ini adalah rezeki saya. Adakalanya saya hairan kenapa ada saja orang yang tak puas hati dengan saya, sungguh saya tak sangka.

Dan cerita yang terakhir, esok kita akan menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK tak sabar rasa nak menyambut bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Saya sangat berharap saya dapat menunaikan ibadah dengan baik tanpa benda-benda yang merunsingkan hati saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, mudah-mudahan AMIN...

P/S: Tak sabar juga nak ke bazar, apa aje la diorang ni jualkan? esok kita pergi la tengokkan?

Selasa, 9 Ogos 2011

~ SALAM RAMADHAN AL~MUBARAK



Salam. Lama sungguh cik dayah tidak menulis di sini, bukan apa cik dayah sangat sibuk dengan pelbagai kerja di pejabat mahupun di rumah. Diam tak diam kita dah masuk hari ke ~ 9 bagi umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan. Banyak2 kan amalan *lebih kepada peringatan untuk diri sendiri *

Macam biasa la tiap kali bulan puasa orang2 pun sibuk pergi bazar termasuk la cik dayah! sibuk nak beli macam2! nafsu makan betul! hehehe.. tapi tahun ni cik dayah dapat kontrol segala nafsu2 makan tu. so kurang la membazir! beli yang penting je.

Apa2 pun " SELAMAT BERPUASA LA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKALIAN.." puasa jangan tak puasa tau!

P/S: Hari ingat nak pergi bazar beli kuih Apam Tepung Beras la, mak pesan beli semalam. so kena la beli mak dah suruh! Dapat pahala ikut cakap mak! lagi2 di bulan yang mulia ini..