Pages

Memaparkan catatan dengan label Kita Ada Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kita Ada Cerita. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kita Ada Cerita ~ Dua

Assalamualaikum..

Ingat tak cerita aku yang lepas? Masa aku tengah urut mak tu. Sedang aku mengurut mak tu mata ni tengah memandang ke tv. ATM (Angkatan Tentera Malaysia)  lawan  SINGAPURA LION 12 peringkat separuh akhir Piala Malaysia perlawanan kalah mati tu.. aku dok tengok masa dah minit ke - 96, hai takkan tak habis-habis lagi kan? * terfikir gak awak ni * rupa-rupanya dah masuk masa tambahan la. Dah namanya kalah mati so sampai habis-habisan ler.. masa tu seri 1-1. So aku dengan beria-ria yelah menengok.. orang jiwa bola beb! sapa lagi nak sokong bola negara sendiri kalau bukan kitakan?? * anggukkan kepala cepat *

So tengok la sampai masa tambahan dan di tentukan oleh sepakan penalti. Aku dah memang confirm kalau kena sepakan penalti ATM mesti menang punya dan firasat aku betul walaupun LION 12 memberikan tentangan hebat! tapi dalam hati dok fikir kenapa Hairuddin Omar ( Hai-O ) tak tendang ye? * nanti kalau aku jumpa Hai-O aku tanyakan lah tapi kalau jumpa la.. kalau.. * last ye ATM menang 5-4 dan buat kali pertamanya ATM ke FINAL * betulkan kali permata kalau salah harap maklum * dan pasukan yang akan berentap dengan ATM untuk ke final akan lawan pada malam ini. Separuh Akhir penentu segalanya.. Kalah mati. Habis-habisan.. tapi jangan sampai bunuh-bunuh.. * mengucap cepat *

Dan malam ni SELANGOR DARUL EHSAN akan berentap dengan KELANTAN DARUL NAIM dan aku sebagai penyokong pasukan selangor akan menyokong selangor dengan sepenuh hati * yelah takkan la aku nak sokong kelantan pulak? * Selangorkan Darul Ehsan... jadi aku berdoa sangat-sangat SELANGOR menang please la jangan bagi KELANTAN menang karang bertambah poyo penyokongnya. * tapi kalau kelantan kalah habis pulak dia buat rusuhankan? kan? * Teringat kalau zaman niaga-niaga kat stadium dulu mesti seronok gile time ada game, dengan ramai orang, seronok sangat-sangat.. jodoh pun banyak! hahahaha... so abaikan tapi zaman sekarang ni dok depan tv jelah..

Dan aku harapkan pasukan SELANGOR akan menang dah akan berentap ke pentas FINAL bersama pasukan ATM. Dan kalau di takdirkan Selangor tewas dengan Kelantan * tu kalau dah takdir dan suratan ye, kita tak boleh buat apalah, so redha je.. * bila Final nanti aku sokong ATM habis-habisan tak kuasa aku nak sokong Kelantan * please la * tapi kalau Selangor menang confirm la aku sokong SELANGOR MERAH KUNING..  so mintak-mintak SELANGOR akan menang PIALA MALAYSIA pada tahun ni..

P/S : Teringat komen seseorang dekat FB " orang guna red dia pun nak red jugak, dah bagi binatang kijang tu terima jelah " Yelah Selangor ( The Red Giant ) dan Kelantan ( The Red Warrios ) * dah sah-sah logo gambar kijang so terima jelah *

Kita Ada Cerita ~ Satu

Assalamualaikum...

Kita ada cerita tau.. malam tadi sesudah azan isyak bergema selang beberapa minit kemudian aku pun keluar dari bilik dan terus berlari ke pintu rumah untuk melarikan diri dari mak *suspen kan??* hahahaha.. takde la.. aku sebenarnya nak mengelakkan dari mak aku tahu yang aku nak keluar. Bukan tak nak bagitau tapi nanti bila dia membebel cerita 3 tahun lepas pun dia ungkit.. janji abah tahu aku keluar kire ok la tu.. tapi dengan tidak semena-mena saat aku berlari pantas tu mak tibe-tibe keluar dari bilik dia.. alahai... kantoi!! so terjadi la drama sebentar..

Mak : " Kau nak kemana tu?" soal mak garang *seram beb!*
Aku : " Nak pergi rumah ika kejap, ada hal nak bincang " sambil jantung duk dap duk dap *kate ko!*
Mak : " Apa di buat? tu karang pukul 12 malam baru ingat nak balik!! " tegas mak * dia risau sebenarnya. aku ni faham tapi aku ni degil *

Ada ke pukul 12 malam baru balik? sebelum pukul  11 aku dah balik la.. bukan jauh pun rumah si ika tu.. selang 4 titi je.. *konon-konon la*

Aku pun terus menjawab..

Aku : " Takde orang balik lambat, pergi kejap je " sambil di perhatikan oleh abah aku.. * dia perhatikan je anak dia ni.. degil !! *

Mak aku pun geleng kepala.. aku pun apa lagi terus cabut la.. hahahaha.. *tak baik betul! jangan meniru aksi tersebut. Apa-apa aku nak kemana-mana memang cakap dengan mak, siap salam cium tangan laga-laga pipi lagi.. walaupun mak akan membebel lepas tu.. *

Ok sambung balik..

Niat aku ke rumah ika tu bukan nak melepak saja-saja tapi ada misi dan visi... amboi!! so abaikan.. Kitaorang nak bincang pasal pergi mandi ari terjun sabtu ni tapi tak tau kat mana. Search berbagai-bagai air terjun kat malaysia terutama kat selangor.. * yelah kitakan tinggal kat selangor * bila di fikir-fikirkan  * nasib baik tak search air terjun victoria kan???  puas nak ke sana nanti * ok stop! Cari punya cari kesimpulannya tak dapat jugak.. so hari ni kene bincang lagi walaupun esok dah pergi..

Aku dok rancang la nak goreng bihun dengan buat kuih.. * makkaii rajin ye.. anak sapa la ni? * Balik tu cakap la dengan mak hari sabtu ni nak pergi mandi air terjun dengan family ika.. so saksikan drama ini..

Aku : " Mak sabtu ni orang nak pergi mandi air terjun dengan family ika " sambil tangan mengurut badan mak.. kena la urut ok.. nak memujuk ni ok..

Mak pun diam seribu bahasa tanpa membalas sepatah pun... aku dah tahu confrim punya dia membebel..! takpe aku akan cakap lagi nanti.. aku bukan pergi dengan pakwe pun *ada pakwe ke? jeng jeng jeng.. * aku pergi dengan family ika. Akan ku jaga kesopanan dan ketatasusilaan diri ini.. begitulah hendakkannya..

Ok tu jela cerita ye...

To Be Continue...