Pages

Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Khamis, 20 September 2012

Adam Mukhriz & Ain Hawani

Assalamualaikum

Hai.. jadi hari ni cik dayah nak cerita pasal novel ADAM & HAWA yang di adaptasikan menjadi drama ADAM & HAWA. Cik dayah dah pernah baca novel ni tapi dah lama dulu zaman sekolah-sekolah. Bagi pendapat cik dayah novel ni ok la.. Nak kata terlalu best sesangat tak la jugak tapi kira dalam kategori yang ok dan tak boring bila di baca. Tapi bila dah buat drama ni cik dayah exsited giler punya nak tengok sanggup ni langgan ASTRO BEYOND HD tau *sebelum ni memang ada astro tapi yang recoder biasa jele* sebab drama ni di siarkan di saluran ASTRO MUSTIKA HD 134 pada setiap hari isnin - khamis jam 10.00 malam.

Bila dah jadi drama memang best, belum pernah tertinggal satu episod pun. Hujung minggu tengok lagi ulangan tu. Punya la beria-ria! Pasal pelakon pulak ramai yang mempersoalkan kenapa Nadhiya Nissa jadi heroin ye.. sebab dia tak cantik! apalah diorang ni kalau cantik pun tak reti berlakon buat apakan? punyalah bagus si heroin itu menghayati lakonan. Serius cik dayah suka heroin ye.. mak cik dayah cakap " mak suka tengok heroin ye mata dia cantik sangat! " tu kan? memang dia lawa la.. sapa yang kata tak dia tak lawa memang buta la.

Tapi bab hero pulak entah la cik dayah rasa macam tak sesuai je.. macam terlalu tua pulakkan! hehehe hanya pendapat sahaja.. mesti ramai yang bangkangkan? Apa-apa pun suka tengok ceritanya sebab tak lari dari novel so best je tengok.. Malam ni tak sabar nak tengok episod 16!


P/S: Teringin nak tengok novel andai itu takdirnya jadi drama mesti best!! Novel ye pun best giler...

Jumaat, 20 Julai 2012

Cerita Saya

Saya ada cerita hari ni.

Cerita yang pertama, saya membuat perubahan dalam hidup saya, yang saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan kuih raya. Saya tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti saya akan belajar membuat kuih raya dan menjualnya. Saya hanya menjual 2 jenis kuih raya iaitu biskut koko cips dan biskut nestum. Ramai yang menanya saya kenapa buat 2 jenis je. Bukannya tak nak buat biskut lain tapi saya tiada masa. Lainlah kalau saya ni suri rumah sepenuh masa. kan?? Bersilat la saya membuat kuih tahun ni.

Cerita yang kedua, setelah berbulan-bulan saya menanti akhirnya cerpen saya di terbitkan juga di majalah media hiburan bilangan 1416. Seronoknya saya!!! lama sangat tunggu ni! patut la jantung berdebar-debar masa selak-selak majalah tu.. Rupanya ada kejutan tau.. Tahniah kepada sayalah..

Cerita yang ketiga, bukan saya tak tahu ada orang memburuk-burukkan saya dan saya tak peduli dengan apa orang nak kata sebab ini hidup saya dan saya yang tentukan baik dan buruk hidup saya. Saya tak peduli orang nak dengki dengan saya sebab ini adalah rezeki saya. Adakalanya saya hairan kenapa ada saja orang yang tak puas hati dengan saya, sungguh saya tak sangka.

Dan cerita yang terakhir, esok kita akan menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK tak sabar rasa nak menyambut bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Saya sangat berharap saya dapat menunaikan ibadah dengan baik tanpa benda-benda yang merunsingkan hati saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, mudah-mudahan AMIN...

P/S: Tak sabar juga nak ke bazar, apa aje la diorang ni jualkan? esok kita pergi la tengokkan?

Selasa, 10 April 2012

Berjumpa dengan novelis terkenal DAMYA HANNA & ALEYA ANEESA


Terharu kot! makkaaii.. jumpa dengan novelis terkenal tanah air ni.. hahahahahaha.. korang ada?? iisshhh.. berlagak dah kan?? tak baik betull!!.. Pada hari Ahad, bertempat di One Plaza Kuala Selangor cik dayah bertemu la dengan novelis terkenal.. Best kot!! selalu baca karya nye je tapi hari tu dapat jumpa orang ye..  adik cik dayah la menemankannya.. siapa lagi kan?? minta diaorang sign kat novel terbaru masing-masing.. dan dengan bangga ye tunjuk kat emak! *tak baik bangga dirikan??* tapi takpe masa tu je belagak ye.. semoga ada kesempatan nak jumpa lagi.. Untung la kan?? Peace!!