Pages

Memaparkan catatan dengan label Rasa ini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasa ini. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Julai 2012

Cerita Saya

Saya ada cerita hari ni.

Cerita yang pertama, saya membuat perubahan dalam hidup saya, yang saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan kuih raya. Saya tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti saya akan belajar membuat kuih raya dan menjualnya. Saya hanya menjual 2 jenis kuih raya iaitu biskut koko cips dan biskut nestum. Ramai yang menanya saya kenapa buat 2 jenis je. Bukannya tak nak buat biskut lain tapi saya tiada masa. Lainlah kalau saya ni suri rumah sepenuh masa. kan?? Bersilat la saya membuat kuih tahun ni.

Cerita yang kedua, setelah berbulan-bulan saya menanti akhirnya cerpen saya di terbitkan juga di majalah media hiburan bilangan 1416. Seronoknya saya!!! lama sangat tunggu ni! patut la jantung berdebar-debar masa selak-selak majalah tu.. Rupanya ada kejutan tau.. Tahniah kepada sayalah..

Cerita yang ketiga, bukan saya tak tahu ada orang memburuk-burukkan saya dan saya tak peduli dengan apa orang nak kata sebab ini hidup saya dan saya yang tentukan baik dan buruk hidup saya. Saya tak peduli orang nak dengki dengan saya sebab ini adalah rezeki saya. Adakalanya saya hairan kenapa ada saja orang yang tak puas hati dengan saya, sungguh saya tak sangka.

Dan cerita yang terakhir, esok kita akan menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK tak sabar rasa nak menyambut bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Saya sangat berharap saya dapat menunaikan ibadah dengan baik tanpa benda-benda yang merunsingkan hati saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, mudah-mudahan AMIN...

P/S: Tak sabar juga nak ke bazar, apa aje la diorang ni jualkan? esok kita pergi la tengokkan?

Khamis, 12 April 2012

Indahnya Bermimpi

Malam tadi aku mimpikan dia... tiba-tiba dia muncul dalam mimpi indahku.. kami hanya mampu bertentang mata. Tiada apa yang kami bincangkan.. hanya mata saja yang memandang. Hanya itu saja yang mampu mentafsir perasaan kita. Ya Allah  sungguh aku rindu sangat perasan itu. Sudah 8tahun peristiwa itu berlalu, namun semuanya masih segar di ingatan ku. Setiap gerak langkah mu.. setiap gerak geri mu.. semua terpahat dalam hati ku. Kiranya kita ada jodoh takkan aku biarkan kau pergi lagi.. Sungguh!

Isnin, 12 Mac 2012

Selamat Hari Lahir Awak..

Hari semakin mendung menandakan hujan bakal turun membasahi bumi sebentar lagi, hati aku jadi sayu mengenang peristiwa 8tahun yang lalu. Cuacanya hampir sama seperti dulu iaitu hujan. Ketika aku sedang bermain-main air hujan yang menitis di telapak tangan ku, ketika itu mata kita sama-sama memandang. ketika itu bagi ku masa seakan berhenti, sunyi dan sepi hanya lirikkan mata yang memahami, ketika itu juga hati ku telah di curi.

Peristiwa yang berlaku pada 12.03.2004 yang mana jatuh pada tarikh hari lahir mu yang ke 17.. Sungguh aku tak pernah melupakan kamu. cuma kamu yang melupakan aku, kenapa tidak di pulangkan saja hati ku kembali? kenapa di bawa lari bersamamu. Aku menunggu bertahun-tahun lamanya, kamu langsung tak pernah memikirkan aku.

Selamat Hari Lahir Awak! setiap tahun saya ucapkan tapi awak tak pernah mendengar atau membacanya, mungkinkah saya tidak layak bagi awak? mengapa kita harus begini? saya selalu termimpi-mimpikan awak? awak ingat kat saya tak? untunglah kalau awak masih ingat saya..

Selamat Hari Lahir Awak yang ke 25 tahun. Dah makin meningkat umur awakkan? Awak saya tak boleh lupakan awak tau! hari-hari saya ingat. Awak semoga awak panjang umur, di perluaskan rezeki, bahagia hingga akhir hayat awak. Semoga awak temui gadis yang benar mencintai awak seperti saya. Awak jaga diri baik-baik tau.. Doa saya selalu untuk awak. Awak selamanya dalam hati saya..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu..
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk mu..
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba..
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia..

Jumaat, 17 Februari 2012

Semuanya.. INSYAALLAH..

Salam Jumaat...

Sebenarnya saya ada cerita nak di kongsi. Saya rasa bahagia sangat tengok kawan-kawan saya yang nak mendirikan rumah tangga, mereka nampak bahagia sangat tau.. yang akan menimang cahaya mata, saya gembira sangat, walaupun kadang-kadang dalam hati saya terbit rasa cemburu dengan kebahgian mereka. Bukan cemburu yang berniat jahat tapi cemburu yang berniat baik kenapa saya tak boleh bahagia macam tu? saya teringin sangat nak macam tu. Tapi saya faham yang Allah belum lagi beri itu kepada saya, moga satu hari nanti saya akan temui kebahagiaan itu. INSYAALLAH..

Saya sekarang runsing sangat dengan masalah yang melanda saya, tapi saya tahu yang Allah memberi dugaan kepada hambanya tidak akan melebihi had keupayaannya. Saya harap masalah ini akan di selesaikan segera. Tidak ada apa yang tak boleh selesai. Berbagai-bagai dugaan yang saya lalui dalam hidup ini yang mengajar saya erti kehidupan, bak kata perpatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kenudian. Saya akan terus melalui kehidupan ini dengan tabah dan mengenangkan hati kedua ibubapa saya. INSYAALLAH..

Saya telah telah temui dia. Dia masih begitu, masih wajah yang serupa, tapi sayang saya tak pernah bertemu muka dengannya lagi. Sungguh anehkan hidup ini, kita menyukainya tapi kita tak memilikinya. Walaupun di dalam hati ini melonjak-lonjak gembira bila temui dia, tapi saya percaya jodoh,ajal dan maut urusan Allah satu hari nanti Allah akan beri saya juga. INSYAALLAH...

Saya amat berharap saya menemui pasangan yang boleh membimbing saya, saya juga ingin hidup bahagia seperti yang di impikan. Segalanya saya akan dapat dengan izin Allah dan bila tiba waktunya nanti. Kehidupan yang di lalui berliku-liku, kita sebagai manusia hanya meniti jalan yang di sediakan, baik dan buruk kita tentunya kerana ini adalah hidup kita bukan orang lain. Bahagiakah kita?? Allah yang akan menentukannya.. INSYAALLAH....


Selasa, 27 September 2011

Dulu, Kini Dan Selamanya..

Setelah lama tak berhubung dengannya, akhirnya tadi dia menyapa ku di fb milikku pada waktu petang tadi. Rasa rindu telah lama mekar dalam hati ku, ibarat bunga-bungaan yang mekar dalam taman impian. Lalu mekar lah senyuman di bibirku.. Cewah! Intro bukan main lagi.. hihihihi.. waktu untuk jiwang sebentar..

Ceritanya macam ni, cik dayah  kawan dengan dia dah lama sangat, dari time sekolah2 lagi, cik dayah memang minat kat dia tapi tak ada la tersangat minat, cuma kadang2 terindu2 la.. dia selalu sangat menghilang kejap ada kejap tak ada, macam biskut chipsmore ler.. kalau time dia cari cik dayah mesti nak cite pasal awek terbaru dia *dia ingat aku ni tunggul kayu ke? buat macam tak ada perasaan jer!* 

Kitaorang minat sangat baca novel, novel yang paling kami minat novel 'BICARA HATI' memang masing2 suka share cite pasal novel tu. masa tu rasa macam rapat je. macam dia tu kita punya. *ada la berangan2 sikit!* lagi satu dia ada jugak call2 cik dayah tapi time dia dapat call free la, *al maklumla orang tak penting, so buat apa nak call selalu kan?* yang best ye dia mesti nyayikan lagu sofea jane time kitaorang borak2 tu, sebab cik dayah suruh dia nyayi. rasa bahagia sangat mendengarnya, bait2 lirik tu masa dia nyanyi macam nak sampaikan pada cik dayah jer! tapi cik dayah cepat2 tersedar.. jangan perasan orang tu tak ada apa2 perasaan pun. hihihi...

Mungkin dia suka kawan dengan cik dayah sebab selalu share cite pasal koleksi awek2 dia, mana yang sesuai atau tak semua cik dayah komen. Kira macam bagi pendapat la, tapi akhirnya telah lama cik dayah memikirkan hal ini, cik dayah rasa lebih sesuai jadi kawan daripada terlebih2 ke arah lain. So moral of the story jangan rosakkan persahabatan yang dah lama terjalin sebab perasaan bodoh ni! walaupun rasa di hati tak siapa yang tahu.

P/S: Memang rasa suka kat dia, tapi rasanya cik dayah ada suka orang lain.. hihihihi

Ahad, 25 September 2011

Tiba2 Hilang?

Lama sangat rasanya aku tak menulis di sini.. hehehe buzy sikit! al maklum la.. hari ni ada cite gempak sikit! MY LOVELY GELANG hilang ok?? sapa nak jawab nie?? hahahhaa.. *rasa macam nak nangis je!* tiba2 jer hilang! gelang tu adik tu aku bagi  masa birthday aku  tahun lepas.. gelang silver jer, tapi sayang la.. entah tak tahu kemana gelang yer.. siap mimpi2 lagi.. harap2 ketemuan lah! Amin...

Isnin, 15 Ogos 2011

Manisnya Senyuman mu!

Cik dayah ada something nak share.  “ Tiba2 hari ni dia senyum dekat cik dayah!” Pelik kan? tiba2 teringat lagu tu.. * senyum tak perlu kata apa2 senyum * Selama ini tengok cik dayah pun tak nak,  yelah orang tak lawa kan?  badan pun comel2 je ? So hari ni cik dayah buat tak tahu aje la  bila lalu depan dia.. tup2 dia pandang cik dayah & terus senyum.. cik dayah pun senyum la jugak! * dalam hati terkezzuuttt!!! * kalau tak senyum nanti kata sombong pulak.

Rasa bahagia la jugak la sebab selalu juga nampak dia kat kedai perabot jati bawah office cik dayah tu. Sebab dia buat part time hantar perabot jati. Kiranya dah lama jugak cik dayah perhatikan dia, last2 dia bagi respon dulu! Tapi namanya tak tahu pulak.. tapi dok pandang2 jela.. bukan dapat pun! *mane la tau jodoh pulak kan? * hehe…

Sekadar hiburan hati di kala lara di rasakan!  & buat pemanis di bulan puasa ni..
~ SALAM RAMADHAN KE 15 HARI.

Khamis, 7 Julai 2011

Akhirnya Kini Pasti..

Akhirnya aku sudah temui jawapan yang tulus atau yang sebenarnya, dia sudah temui kebahagiannya dan tak perlu la aku mengharapkannya lagi.  Sudah terang lagi bersuluh. Aku tahu! Biarkan lah.. 

Rabu, 29 Jun 2011

Sudikah dia dengan ku?


AKU MENUNGGU DIA ~

Kenapanya setiap kali aku pandang dia, aku rasa ingin memilikinya, setiap kali aku melihat wajahnya aku rasa ingin sekali hidup dengannya, semua perkara yang berlaku seperti kebetulan sahaja. Apa yang ingin dia sampaikan walaupun dalam bentuk kiasan tapi aku seakan-akan mengerti maksudnya.

Namanya sering terpapar, jantung ke berderar-debar tapi tiada siapa yang mengerti, dulu mungkin hari berwarna-warni tapi sekarang kelam tanpa penghuni. Ingin sungguh aku dengannya, tapi sudikah dia dengan ku, melayari hari-hari bahagia bersama-sama.

Ia mungkin angan-angan yang tak mungkin kesampaian, tapi mungkin dia juga jodoh kita, tapi siapa la kita yang ingin menetapkannya. Sungguh aku ingin dia, kerana ku lihat dia punya keperibadian yang boleh membimbing ku ke jalan yang di redhai.

Hari-hari yang aku lalui seperti ada dia, hari-hari aku melihat wajahnya biarlah dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja, mungkin ALLAH S.W.T berikan petunjuk bahawa dia jodoh ku kah? Entahla.. atau aku saja yang merasakan nya, jika benar dia punya perasan yang sama kenapa dia tak berterus terang, kelakuannya seperti mengiakan tapi dia tak menyatakan, membuatkan aku keliru dengan perasan ku.

Setiap kata-katanya meresap hingga ke hati ku, membuatkan aku tersenyun sendiri, mungkin kita tiada saat-saat manis cuma ada secebis bicara yang menyenangkan hati dan perasaan. Jatuh cintakah aku? tak mungkin! tak mungkin aku jatuh cinta dalam keadaan begini, biarkanlah.. Biar takdir yang menentukannya, kalau ada jodoh tak kemana.. tapi kalau sudah jodoh bagaimana?

Cuma yang aku inginkan biarlah aku mengerti kebenarnya, biar yang berlaku seperti yang di inginkan, supaya tiada keraguan di akhirnya nanti. Jika aku dengan dia tiada apa lagi yang ku inginkan di dunia ingin, biarkan kami susah senang bersama-sama. Tapi akan berlakukan semuanya?

Kahwin? Nanti-nanti la, itu la ayat yang sering ku katakan apabila orang-orang bertanya, tapi aku lagi yang perlu ku katakan. Ingin sekali aku jatuh cinta sekali lagi, tapi siapakah orangnya? aku percaya jodoh kita sudah ditentukan dari azali lagi, semua manusia di lahirkan berpasang-pasangan. semua telah di jodohkan cuma kita perlu memilih yang mana kaca yang mana permata?

Hidup bukan macam kisah dongeng yang semua berakhir dengan kebahagian. Biarkan aku sendiri, tapi itu dulu sekarang biarkan bulan tersenyum melihat kau menjadi miliku? bisakah begitu? Kita nanti pengakhiran cereka ini. mungkin ya mungkin tidak?

Rabu, 1 Jun 2011

Sabar je lah!

Tengah-tengah dah nak tidur ni, baru la cik dayah teringat pasal sesuatu ni. sampai hati dia kan tak balas mesej cik dayah? Biarkan dia la.. berlagak betul!! *walaupun tak baik cakap orang macam tu..* alah bukan susah pun nak balas.. takpe la maybe dia ada problem kot! *takpe orang dah tak sudi jangan memaksa...*  jangan jadi perigi cari timba.. *ada lagi ke??* takpe la biarkan dia mana la tau esok-esok teringat nak balas ke.. *masalah kecil je tu..* sabar je la cik dayah..

Isnin, 30 Mei 2011

Aku terasa

Sedih.. itu la perasaan yang bisa di nyatakan. sampai hati dia buat aku macam ni. sudah 3 hari aku tak bertegur sapa dengan nya *ikut hukum memang berdosa* tapi aku dah cuba tegur, tapi dia buat tak tahu. Masih beginikah perjalanan hidup ku?

Jumaat, 8 April 2011

Suatu ketika dahulu...

Kisah yang telah lama aku simpan menjadi kenangan.. kisah di alam persekolahan yang menerbitkan rasa-rasa cinta monyet. Pertama kali melihat dia hati terus berbunga-bunga ibarat bunga-bunga segar di taman. 05.01.2004 tarikh tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila, kali pertama melihat dia menerima anugerah hati ku seakan di panah oleh matanya, bila di fikir-fikir seperti orang gila tapi itu la bahana cinta di zaman budak-budak. Pertama kali aku memberanikan diri mengutus surat untuknya, surat yang mengandungi satu kad khas yang aku buat sendiri dengan hasil kretifiviti ku sendiri. Kawan baik ku yang menjadi mangsa sebagai penghantar surat tak bergaji. Surat pertama di utus dan di titipkan ucapan terima kasih. Hanya itu.. selama-lama aku mengutuskan surat untuknya tak pernah sekali pun di balas. Lama-lama aku mengerti orang sudah tak sudi mengapa perlu aku menanti? tapi tiada erti putus asa dalam kamus hidup ku. Semakin aku menghampiri semakin jauh dia pergi, memang dia tak sudi menhadap muka ku. Aku semakin mengerti kerna aku tak secantik yang di impikan. Tak mungkin aku dengan nya.

Pada 12.03.2004 ketika aku di tingkatan 3 dan dia di tingkatan 5 kali pertama aku jatuh hati dengannya. ketika itu hujan turun dengan lebatnya *macam iras-iras cerita hindustan!* aku leka bermain-main hujan tiba tanpa ku duga ada mata yang memandang. Aku melihat kearahnya ketika itu masa seakan berhenti seketika hanya deruan angin serta titisan air hujan yang menemani.. Aku terkedu dan itu la sangat pertama aku jatuh cinta. Memang indah tapi pada siapa yang merasai. Tapi bagi ku semuanya sepi kerna aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tegar hatinya buat aku begini. Aku sentiasa berpegang teguh pada prinsip ku "kalau dia memang jodoh ku dia akan datang kepada ku, jika bukan maknanya dia bukan untuk ku.."

Cinta ku seperti orang gila yang tak kenal erti faham, aku akan mengambil tahu semua pasal dia. Dimana dia tinggal, no telefon nya.. semualah! kalau diingat-ingat sekarang terasa amat memalukan masa pergi terhegeh-hegeh mencari timba! Kegilaan ku semakin menjadi-jadi. Aku selalu juga dapat menaiki bas bersama-sama dia dan tiket bas itu masih ku simpan hingga kini masih elok dalam simpanan ku.. memang gila! tapi itulah kenyataannya yang harus aku terima! Ketika dia bertugas di koperasi aku membeli air kotak soya darinya walaupun aku tak minum air tersebut, kotak air soya serta duit baki RM 0.10 itu masih ku simpan dan akan terus menjadi kenang-kenangan dalam hidup ku.

Aku tak pernah melupakan tarikah hari lahirnya pada 12.03.87 iaitu tarikh yang sama ketika aku jatuh hati padanya. Memang kebetulan, setiap kali tiba hari lahirnya aku akan mengutuskan hadiah padanya dan yang menjadi mangsa nya kawan baik ku itu!  Dan kisah ku berjalan seperti yang di rancangkan.. Tak pernah dia menyatakan apa-apa, hanya mengutuskan salam dan ku rasakan seperti memiliki segala yang ada di dunia ini. Dan akhirnya dia pun menghilangkan diri tanpa titipan dan harapan ku punah hancur berderai tanpa pingitan darinya. Hanya Tuhan yang tahu rasa hati ku. Sehingga orang lain yang datang ku biarkan sepi tanpa salam pengenalan kerna hati ku terikat padanya walaupun 5tahun kemudian selepas itu. Bertapa aku menanti dia. Lama-lama aku sedar buat apa aku menanti pada yang tak sudi, yang hanya membuat ku seperti boneka kayu yang tak berguna. cukup la hanya sekali aku di bodohkan kerna ku tak rela lagi di buat begitu. Andai ada jodoh kita bertemu hanya senyuman yang mampu aku hulurkan kerna hati tiada lagi untuk mu..

Aku mendapat iktibar dari kisah ini yang tak perlu la aku menjadi perigi yang mencari timba kerna kadang-kadang apa yang ku bayangkan tak seperti yang ku impikan. Lalu aku kuatkan hati dan menyatakan bahawa dia bukan lelaki yang baik kerna dia buat aku begini. Biarkan dia bahagia dengan hidupnya kerna aku tak akan mengangunya lagi.

Berbagai-bagai kenangan tentang aku dah dia yang tak mampu aku titipkan di sini kerna kenangan itu akan terus abadi di hati ku. Tak mungkin aku lupa saat pertama aku jatuh cinta! Tak mungkin ku lupa tapi tak bereerti aku tak bisa memikirkan cinta yang lain kerna cinta ini adalah anugerah ILLAHI.. akan ku cari cinta walaupun di mana ia. Akan tiada cinta untuk ku aku redha kerna cinta pada yang ESA kekal abadi dan tiada siapa dapat menghalangnya....