Pages

Memaparkan catatan dengan label BFF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BFF. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2012

BFF dah selamat menjadi isteri orang..



AIN & SYAHIR
( cik dayah yang pakai baju hitam tau! ni time nikah dekat masjid )

Rasa macam tak percaya yang BFF cik dayah SITI NURAIN dah kahwin, rasa sedih?? ada la sikit. Siapa yang tak sedihkan?? cik dayah kawan dengan ain dah lama dari zaman sekolah lagi. Suka dan duka kami bersama, gelak ketawa dan airmata kami lalui bersama.. apa lagi doa dari sahabat ini?? cuma harapkan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat di kandung badan.. Amin..

Cinta mereka bermula agak aneh. Cik dayah yang menyaksikan cerita cinta mereka berdua dari zaman persekolahan. Di saat kedua-duanya suka sama suka tapi malu mahu berkata-kata. di saat masing-masing sering pandang - memandang, jeling - menjeling, lambai - melambai dan akhirnya mereka bersatu... bahagia rasanya... cik dayah sebagai kawan bahagia sangat yang kawan baik cik dayah kahwin. Itulah impian dia yang pasti impian semua orang mahu bahagia.

Siapa yang tak mahu kahwinkan?? Bahagia dengan orang yang dia sayang, lalui hif\dup bersama orang yang boleh menjaga kita buat selama-lamanya selagi masih bernafas di muka bumi ini.. Harap sangat semoga bahagia seperti yag di ingikan....

P/S: Hari cik seorang lagi kawan cik dayah nikah. apa-apa pun selamat berbahagia kawan....

Selasa, 28 Februari 2012

BFF dah nak kahwin la....

Minggu ni BFF cik dayah DAH NAK KAHWIN LER!!! best yer la!! tak sabar rasanya nak tengok kawan baik cik dayah kahwin... dari hari jumaat ni dah tidur rumah dia tau.. makkaaiii ni rewang habis! balik nanti kena dapat banyak berkat!! *bungkus lauk lah!!*

Untuk Majlis Nikah cik dayah pakai baju lama jer.. tapi baju tu baru 3 kali pakai jer.. boleh pakai lagi kan?? Untuk Majlis Malam Berinai cik dayah pakai baju lama gak tapi baju tu baru 1kali  pakai je dan buat kain baru.. Untuk Majlis Besarnya pulak cik dayah buat baju baru ok?? tapi hari ni baru nak pergi ambil dekat tukang jahit.. tapi ada masalahnya.. tudung belum cari.. tak tau nak buat tudung fesyen apa.. kena cari gak ni!

Harap sangat majlis berlangsung dengan meriah, harap semua selamat dan majlis berlangsung dengan aman dan damai... Amin... nanti cik dayah ambil gambar banyak-banyak tau! nanti boleh masukkan kat sini.. ok deh!! *cik dayah pinjam video dari bos cik dayah, bukan apa saja nak ambil gambar buat kenangan terindahkan??*

P/S: Semoga BFF cik dayah, SITI NURAIN & MUHD SYAHIR, bahagia hingga akhir hayat. Di kurniankan anak-anak yang soleh serta solehah.. Amin!!