Pages

Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Dah Habis Raya Ler...

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 27 syawalkan?? kejap je raya kan.. cik dayah dapat duit raya tahun 20 hengget je.. syukur Alhamdullilah.. walaupunkan?? hahaha.. nak buat macam mana awak ni pun dah besar, bukan setakat umur dah meningkat, badan pun makin meningkat-ningkat.. apa  nak buat redha jela..

Saje je last-last raya baru nak masukkan gambar kan?? hehehe.. so layan gambar jela..

Abah & Mak


Cik Dayah & Mak


Dengan Kakak Ipar


Dengan Adik *suke gambar ni*


ni dengan sepupu


dengan cik qaseh *nakal!!*


Mak Bersama Cucu-cucunya..


last picture..
SELAMAT HARI RAYA
walaupun dah nak habis raya!!
tak apa la rayakan sebulan...

Khamis, 16 Ogos 2012

Iklan Raya 2012 Bernas (Ahmad & Fizi)

Kenal tak dengan pelakon cilik Ahmad dan Fizi? Tentu antara kita pernah menonton iklan raya 2012 BERNAS. Pertama kali cik dayah tengok iklan bernas tu mengalir air mata ni, sedih sangat rasanya. Cuba letakkan mereka di tempat kita? kita akan jadi begitu juga.

Dalam iklan ini mengisahkan Ahmad seorang yang bisu dan Fizi seorang yang buta dalam perjalanan pulang ke kampung halaman Ahmad di Segamat untuk berjumpa ibunya. Pelbagai rintangan yang mereka tempuhi ketika pulang ke kampung.

Saksi iklan raya 2012 BERNAS.


Masih beruntungkan kita yang sempurna fizikal dan akalnya. Masih punya keluarga dan saudara. Masih ramai lagi yang tak sempurna dan terbiar. Jadi hargailah apa yang kita ada, Allah bagi apa yang kita perlu dan tak semestinya kita dapat apa yang kita mahu. Betul tak??

Jadi hari ni hari terakhir cik dayah kerja, esok dah cuti tau.. 17 - 26 hb cuti ye.. Amboi!! raya sakan kan??

SAYA HIDAYAH ALI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.  BESTNYA NAK SAMBUT RAYA.



Selasa, 23 Ogos 2011

Raya dah dekat!

Wah tak lama lagi dah nak raya! Best! raya ni abang ke2 cik dayah tak raya dekat sini, dia raya rumah mak mertua dia kat pahang tapi anak angkat mak kak tika dan abg ayie raya kat sini, sebab mak bapa diorang jauh di sabah. tak sabar2 rasanya nak raya, Alhamdullilah rezeki raya tahun ni bertambah-tambah bersyukur sangat ada la rezeki terpijak. Amin..

Persiapan raya tahun ni cik dayah ada 3 pasang baju je, cukup sangat tu. tak payah banyak2 sangat, tapi tudung belum jumpa lagi ingat nak pakai tudung kain ciffon tapi belum jumpa2 lagi, tak tahu la. Family cik dayah nak pergi shopping khamis ni tak tahu la cik dayah nak join atau tidak sebab kerja kan? keliru di buatnya.

kuih raya pun belum beli lagi, mak dan akak kat rumah tu sibuk lagi menjahit baju raya, macam biasa setiap tahun cik dayah 1family pakai sedondon je! kiranya wajib la tu.. tak tahu la masa akan datang macam mana pulak. Duit raya pulak, iisshhh2.. pokai den kalau macam ni.. anak saudara bertambah banyak, belum anak2 sepupu lagi.. takpe la rezeki ada je lagipun raya tahun ni bos bagi bonus! Alhamdullilah syukur sangat! "TERIMA KASIH BOS..." tahun depan bagi lagi...

P/S: Petang ni tak tahu nak buka apa.. kerja banyak sangat! tak siap2 mengemas..

Selasa, 16 Ogos 2011

Lagu-lagu Raya

Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk hari ke 19 kita menjalani ibadah berpuasa, sekejap saja rasanya.. Hari ni rasa macam cik dayah nak share pasal lagu raya pulak. Cik dayah paling suka lagu SUASANA HARI RAYA yang di nyayikan oleh ANUAR ZAIN & ELLIANA bagi cik dayah lagu tu best sangat dan mengambarkan suasana hari raya yang teramat meriah dan lagu2 lain macam lagu SESUCI LEBARAN, NAZAM LEBARAN, SELOKA HARI RAYA dan bab lagu sedih lagu PULANGLAH yang di nyayikan oleh aisyah tu pun best! Sedih je lagu ye jadi teringat pada mereka2 yang tidak bernasib baik.. Di bulan yang mulia ini sama2 la kita membantu mereka..
NI ANTARA SENARAI LAGU2 RAYA YANG CIK DAYAH SUKA DENGAR :

Air Mata Syawal     (Siti Nurhaliza)
Bersabar La Sayang     (Sanisah Suri)
Bila Takbir Menjelma     (Rafeah Buang)
Cahaya Aidilfitri     (Black Dog Bone)
Dari Jauh Ku Pohon Maaf     (Sudirman) 
Dendang Perantau     (P. Ramlee)
Hari Raya Hari Bahagia     (Ramlah Ram)
Indahnya Beraya Di Desa     (Azlina Aziz )
Kepulangan Yang Di Nanti     (Aman Shah)
Ku Pohon Restu Ayah Bonda     (Mamat)
Musafir Di Hari Raya     (S Jibeng)
Nazam Lebaran     (Siti Nurhaliza)
Pulanglah     (Aishah)
Pulanglah Di Hari Raya     (Norkumalasari)
Satu Hari Di Hari Raya     (M Nasir)
Selamat Hari Lebaran     (Wann)
Selamat Hari Raya     (Ahmad Jais)
Selamat Hari Raya     (Fazedah Joned)
Selamat Hari Raya     (Sharifah Aini)
Seloka Hari Raya     (Hail Ameer & Uji Rashid)
Seminggu Berhari Raya     (Senario)
Senandung Hari Raya Untukmu     (Dayang Ku Intan)
Sesuci Lebaran     (Siti Nurhaliza)
Suara Takbir     (P. Ramlee)
Suasana Hari Raya     (Anuar Zain & Elliana) 
P/S: Lagu2 raya nia semua dah siap2 dalam phone cik dayah, buat di dengar di kala sunyi sepi.. 
~ SALAM RAMADHAN KE - 19.