Pages

Memaparkan catatan dengan label Jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan2. Papar semua catatan

Khamis, 17 November 2011

Masih ramai yang baik.... Syukurlah..

SEMPENA NAK SAMBUT HARI RAYA AIDILADHA... 

Pagi2 buta mak cik dayah dah kejut pergi beli ayam kat pasar, yelah esok ahad kan nak raya haji. So pergi la pasar beli ayam 6 ekor, balik dari pasar tu lapar pulak. pergi la singgah minum dekat kedai mamak kassim tu, cik dayah order roti canai dengan tosai. Kuat betul makan ye.. lepas tu terjumpa la en. shamsul dgn isteri dia, tegur la en. shamsul tu *tak baik sombong2!* time bayar tu en shamsul bayar bil kami sekali, terharu je kan?? Terima kasih en! *sebenarnya cik dayah macam dah rasa en shamsul nak belanja tapi buat tak tau je! * bla la la la…. Tak sangka ada gak orang yang baik macam en shamsul tu.. Alhamdulillah….

Petang tu pulak...

Cik dayah pergi  teman ika bayar loan aeon dia kat seng heng, so kami pun singgah bank sekali ika nak tengok gaji dia. Lepas tu nombor pin lupa pulak.. hampeh btl si ika nie… sebab bank dia RHB so kami pun singgah la EASY-RHB mana tau boleh buat pulak yg tak di sangka2 bukak pulak pada hari sabtu! Kami mmg tak tahu, so tunggu kat kerusi dulu sbb org ramai kan, perkerja nya 2 org je pada hari tu.. aku ngan ika borak2 la dulu, so konon nk buat pinjaman la. Konon je! Lepas borak2 dengan akak tu, tak sangka akak tu ramah jugak, baik je, dia suruh buat akaun ASB aku pun fikir2 macam faham je penerangan akak ni kan so aku pun setuju la demi masa hadapan. So bulan2 kena bayar 130.00 la.. makkaaiii.. InsyaAllah bisa ya!! Yang tak boleh bla tu nak buka akaun kena bayar 20.00 mana la pulak datangnya duit aku ni.. sebab baru je beli iron untuk hadiah kahwin siti kan. So dengan tak di sangka2 akak tu sponsor aku 20.00, YA ALLAH  baiknya kak. Tak sangka akak baik sampai macam tu sekali, masalahnya kita baru je kenal masa tu.. tak sangka masih ada orang yang baik lagi kat dunia yang fana ini. Moga akak panjang umur n di perluaskan rezeki! Amin…

Malamnya pulak..

Masa nak balik dari EASY-RHB tu jalan jam teruk, yelah esok nak raya kan? So memang rasa amat terharu sekali nak melintas jalan. Kitaorang pun gerak jugak la, so bila nak melintas tu aku dah bagi signal nak masuk kanan so kereta tu pun berhenti la bagi kami jalan, tak sangka baik abg tu, ada budi bicara.

Tak sangka pada hari tu cik dayah bertemu dengan orang yang baik2.. ALHAMDULLILAH… bersyukur dengan semuanya…


Sabtu, 8 Oktober 2011

Dynas Nursing Attire ~ DNA



2hb 10 2011 lepas malam tadi penat2 berniaga di stadium, pagi2 cik dayah ikut la kak ipar ke tempat kerja di kat THE CURVE - MUTIARA DAMANSARA. Sebab bosan dekat rumah sorang2 lagipun takde teman. Ikut la. akak ipar cik dayah ni kerja dekat kiosk dynas. *macam terharu la kan?*

Sampai je tolong la kemas2 sikt2 lepas tu tak tau nak kemana. cik dayah  jalan2 kat IKEA & IKANO. *berani tau jalan sorang2.. nasib baik tak sesat..* Singgah dekat kedai buku POPULAR. Boleh giler cik dayah tengok novel! iiissshhh.. rasa macam nak beli semua.. best!

Ada la ambik gambar sikit!











P/S: Ingatkan dapat jumpa dynas. rupanya tak ada rezeki. tak apa lah. nak buat macam manakan?


Khamis, 6 Oktober 2011

Jalan2 ke i-City!

30hb 9 2011 yang lepas cik dayah pergi la rumah abg cik dayah, macam biasa la esok ye ada perlawanan bola kan. so tunggu bas pukul 6.30ptg dalam pukul 7 baru dapat bas ke klang. Sampai klang abang cik dayah ambil la. So sementara menunggu abang cik dayah yang tak sampai2 tu tekak cik dayah ni macam teringin pulak nak makan sate so tibe2 ternampak pulak orang jual sate kat klang tu. *padahal dah tau tempatnya kat mana.. propa je lebih!!* so g la makan, order 6 cucuk jer.. tu rasa nak tercekik je! siap tertumpah air lagu.. hihihi... entah apa2 kan?

So lepas abg cik dayah sampai tu dalam perjalanan ke shah alam tu masa kat toll ternampak la i-city so cik dayah cakap dengan abg cik dayah, "abang jom pergi i-city *Al-maklumla tak pernah pergi kan? hehhehehe!!!* abamg cik dayah pun belok la.. so kami pun pergi la bersama2. cik dayah. abang n akak ipar. best la pergi nanti takde la di kuno2 kan? hehehe...

So cik dayah nak share gambar2 ler...


comel ler tue!! hihihihi...


abang & akak ipar


main cak2 kejap..

~ ANTARA GAMBAR2 NYA LAGI ~










Dah la!