Kisah yang telah lama aku simpan menjadi kenangan.. kisah di alam persekolahan yang menerbitkan rasa-rasa cinta monyet. Pertama kali melihat dia hati terus berbunga-bunga ibarat bunga-bunga segar di taman. 05.01.2004 tarikh tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila, kali pertama melihat dia menerima anugerah hati ku seakan di panah oleh matanya, bila di fikir-fikir seperti orang gila tapi itu la bahana cinta di zaman budak-budak. Pertama kali aku memberanikan diri mengutus surat untuknya, surat yang mengandungi satu kad khas yang aku buat sendiri dengan hasil kretifiviti ku sendiri. Kawan baik ku yang menjadi mangsa sebagai penghantar surat tak bergaji. Surat pertama di utus dan di titipkan ucapan terima kasih. Hanya itu.. selama-lama aku mengutuskan surat untuknya tak pernah sekali pun di balas. Lama-lama aku mengerti orang sudah tak sudi mengapa perlu aku menanti? tapi tiada erti putus asa dalam kamus hidup ku. Semakin aku menghampiri semakin jauh dia pergi, memang dia tak sudi menhadap muka ku. Aku semakin mengerti kerna aku tak secantik yang di impikan. Tak mungkin aku dengan nya.
Pada 12.03.2004 ketika aku di tingkatan 3 dan dia di tingkatan 5 kali pertama aku jatuh hati dengannya. ketika itu hujan turun dengan lebatnya *macam iras-iras cerita hindustan!* aku leka bermain-main hujan tiba tanpa ku duga ada mata yang memandang. Aku melihat kearahnya ketika itu masa seakan berhenti seketika hanya deruan angin serta titisan air hujan yang menemani.. Aku terkedu dan itu la sangat pertama aku jatuh cinta. Memang indah tapi pada siapa yang merasai. Tapi bagi ku semuanya sepi kerna aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tegar hatinya buat aku begini. Aku sentiasa berpegang teguh pada prinsip ku "kalau dia memang jodoh ku dia akan datang kepada ku, jika bukan maknanya dia bukan untuk ku.."
Cinta ku seperti orang gila yang tak kenal erti faham, aku akan mengambil tahu semua pasal dia. Dimana dia tinggal, no telefon nya.. semualah! kalau diingat-ingat sekarang terasa amat memalukan masa pergi terhegeh-hegeh mencari timba! Kegilaan ku semakin menjadi-jadi. Aku selalu juga dapat menaiki bas bersama-sama dia dan tiket bas itu masih ku simpan hingga kini masih elok dalam simpanan ku.. memang gila! tapi itulah kenyataannya yang harus aku terima! Ketika dia bertugas di koperasi aku membeli air kotak soya darinya walaupun aku tak minum air tersebut, kotak air soya serta duit baki RM 0.10 itu masih ku simpan dan akan terus menjadi kenang-kenangan dalam hidup ku.
Aku tak pernah melupakan tarikah hari lahirnya pada 12.03.87 iaitu tarikh yang sama ketika aku jatuh hati padanya. Memang kebetulan, setiap kali tiba hari lahirnya aku akan mengutuskan hadiah padanya dan yang menjadi mangsa nya kawan baik ku itu! Dan kisah ku berjalan seperti yang di rancangkan.. Tak pernah dia menyatakan apa-apa, hanya mengutuskan salam dan ku rasakan seperti memiliki segala yang ada di dunia ini. Dan akhirnya dia pun menghilangkan diri tanpa titipan dan harapan ku punah hancur berderai tanpa pingitan darinya. Hanya Tuhan yang tahu rasa hati ku. Sehingga orang lain yang datang ku biarkan sepi tanpa salam pengenalan kerna hati ku terikat padanya walaupun 5tahun kemudian selepas itu. Bertapa aku menanti dia. Lama-lama aku sedar buat apa aku menanti pada yang tak sudi, yang hanya membuat ku seperti boneka kayu yang tak berguna. cukup la hanya sekali aku di bodohkan kerna ku tak rela lagi di buat begitu. Andai ada jodoh kita bertemu hanya senyuman yang mampu aku hulurkan kerna hati tiada lagi untuk mu..
Aku mendapat iktibar dari kisah ini yang tak perlu la aku menjadi perigi yang mencari timba kerna kadang-kadang apa yang ku bayangkan tak seperti yang ku impikan. Lalu aku kuatkan hati dan menyatakan bahawa dia bukan lelaki yang baik kerna dia buat aku begini. Biarkan dia bahagia dengan hidupnya kerna aku tak akan mengangunya lagi.
Berbagai-bagai kenangan tentang aku dah dia yang tak mampu aku titipkan di sini kerna kenangan itu akan terus abadi di hati ku. Tak mungkin aku lupa saat pertama aku jatuh cinta! Tak mungkin ku lupa tapi tak bereerti aku tak bisa memikirkan cinta yang lain kerna cinta ini adalah anugerah ILLAHI.. akan ku cari cinta walaupun di mana ia. Akan tiada cinta untuk ku aku redha kerna cinta pada yang ESA kekal abadi dan tiada siapa dapat menghalangnya....


0 ulasan:
Catat Ulasan