Pages

Isnin, 6 Jun 2011

Kek Cips Coklat

Bahan-Bahan :

3 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Gula Perang
1 1/2 Cawan Mentega
3 Biji Telur
2 1/2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1/2 Sudu Teh Garam
2 Sudu Teh Serbuk Koko
200 Gram Cips Coklat
100 Gram Badam Yang Di hiris

CARA-CARA MEMBUAT

1) Putarkan gula perang dan mentega sehingga kembang.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar pelahan-lahan
3) Masukkan tepung gandum, serbuk penaik serta garam (di ayak dahulu)
4) Masukkan esen vanilla
5) Masukkan serbuk koko
6) Masukkan cips coklat dan putarkan.
7) Keluarkan dan ratakan di dalam loyang.
8) Taburkan kepingan badam yang di hiris
9) Bakar selama 45m - 1jam dalam suhu 170 darjah.


p/s : Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam mood rajin sikit dok buat kek cips coklat, resipi dapat dalam majalah tapi cik dayah ada la tambah-tambah bahan lain sikit. Lepas siap buat tu bungkus-bungkus bagi kak maya, nolin, ika, adik bos bagi diorang rasa la, kalau sedap boleh buat lagi. Tapi dioarang cakap sedap. Alhamdulillah lain kali boleh buat lagi....

0 ulasan: