Pages

Rabu, 6 Julai 2011

Masihkah di hati?

Setelah sekian lama berlalu
aku masih ingat lagi padanya
Masih ingat renungan mata itu
Masih ingat senyuman manis terpaku
Masih terbayang dalam hari hujan
Sama-sama berbalas renungan
Masih teringat tentang kad ucapan
Masih teringat salam perkenalan
Masih terbayang dia di hadapan
Masih hadir dalam bayangan
Aku pasti perasaan ni telah hilang
Tapi kadang kala rasa ni tiba-tiba datang
Tak bisa aku menipu kerna dia pernah singgah di hati
Pernah menetap dalam seluruh jiwa raga ku
Melupakannya bukan mudah
Bertahun-tahun aku kuatkan hati
Hari-hari menanti masih tak mengerti
Orang masih tak sudi
Dan akhirnya aku mula fahami
Dia bukan milikku lagi
Kehilangan dia membawa separuh hati ku pergi
Yang tinggal pada ku hanya
Hati yang remuk, hancur tak bisa di cantum kembali
Titisan air mata sering menemani
Tiba-tiba jadi prejudis pada lelaki
Semua tak boleh di percayai
Semua hanya manis bicara
Hingga yang lain singgah datang bertandang
Aku buat seperti tiada apa
Semuanya angkara dia
Kerana rasa kecewa yang tiada penghujungnya
Tapi itu dulu..
Sekarang aku mula mengerti
Yang dulu hanya sebahagian dari rencana hidupku
Perjalanan hidup yang dulu membuatkan aku tabah
Tabah dalam mengharungi cabaran tanpa ragu-ragu
Menerima semua ketentuan Ilahi
Redha dalam perjalanan hidup yang masih panjang
Aku mula berfikir tentang diri
Bukan semua yang aku inginkan akan ku dapat
Hidup mengajar aku menjadi kebal
Hati mula keras
Lama-lama aku fahami
Cinta bukan segala-galanya
Kita mungkin tak bisa hidup tanpa cinta
Tapi kalau kita kuatkan hati pasti semua mudah di lalui
Tiada yang mustahil dalam dunia ini
Tanamkan dalam diri
cinta perlu pergorbanan
Jadi biarkan dia pergi
Biarkan dia bebas dalam mencari kebahagian hakiki
Kerana bagi ku itu la cinta
Apabila orang semua gembira
Tersenyum melihat lakaran kehidupan
Kerana bercinta tak semestinya memiliki
Itu definasi cinta bagi ku..

0 ulasan: