Pages

Selasa, 5 Julai 2011

Tragedi 3 Jun 2011

3 Jun 2011, bersamaan hari ahad. Seperti selalu cik dayah suka melepak kat rumah kawan cik dayah, ika nama ya. Sambil kami berborak-borak  dan bermain buaian, kami di kejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat yang melibatkan perlanggaran antara 3 buah kereta.

Sebuah Perdua kelisa di rempuh dari belakang oleh kereta proton wira, yang menyebabkan kereta kelisa tu berpusing, 2 orang budak dan nenek mereka tercampak keluar dari kereta tu. Masa kereta kelisa tu berpusing lagi dia di rempuh pula dengan kereta proton iswara yang menyebabkan kereta kelisa itu remuk di belakang serta di depan. 2 orang wanita tersepit di dalam kereta masing-masing.

Cik dayah terkejut la cepat-cepat berlari ke jalan dengan ika, mula-mula takut juga nak pergi sebab kereta tu macam nak meletup tapi demi nak menyelamatkan budak-budak yang tercampak tu kami pergi juga, seorang 4tahun dan adiknya 10 bulan. Kedua-duanya budak perempuan. kami pun cepat-cepat ambil budak tu sebab takut mereka pergi ke jalan. Memang di lindungi Allah S.W.T betul sebab budak-budak tu jatuh betul-betul di line tengah jalan, macam mana kalau mereka jatuh di line yang bertentangan? Nauzubillah.. 

Cik dayah dan ika pun bawa budak-budak tu ke kedai makan di seberang jalan, sambil mengelap darah yang keluar dari kepala budak 4tahun tu, ada bonjolan atau ketulan darah beku kat kepalanya. Ya Allah ngeri sungguh. cik dayah dan ika yang mengigil tak tentu pasal, padahal budak tu ok je! tak rasa sakit ke? mungkin budak-budak itu masih dalam keadaan terkejut, adiknya masih menangis tak berhenti-henti. mungkin dadanya sakit ketika jatuh melayang tadi.

Lepas tu diorang nak pergi hospital yang kelakar ye, cik dayah dengan ika pulak yang kena  ikut sekali sebab takde siapa nak pegang budak-budak tu. kitaorang ikut jugak la naik kereta, ada kawan abang yang naik proton wira tu hantarkan dengan kawan-kawan dia yang kemalangan sekali. Makaaii laju gila abanh tu bawa semua lampu isyarat dia langgar, kitaorang takut la nanti yang lain pulak yang sampai hospital pulak. Abang yang naik kereta wira tu ada 2 orang sorang takde luka apa-apa pun cuma sakit dada dan perut, tapi kawan dia luka dekat kepala kena 15 jahitan. Ngeri! Abang tu puas minta maaf kat kitaorang dia tak sengaja langgar, kitaorang cakap la, " kami tak tahu bang, kitaorang tolong bawak je!! " tapi abang tu nampak betul bersalah ye.. takpe la benda dah nak jadi nak buat macam mana pulak kan? dah takdir.

Peejalanan ke hospital tu macam lambat je, budak kecik 10 bulan ni tak reti diam, menangis tak henti-henti, naik lenguh cik dayah memegang ye. Sampai kat hospital, cepat-cepat pergi wad kecemasan, budak 10 bulan tu tak henti-henti menangis. Cik dayah dan ika ganti-ganti tangan dukung dia, semangat sikit budak je! tapi cute.. gigi 2 batang je. Macam-macam dah pujuk nangis jugak! sabar dik...  Abang tu minta maaf lagi, dekat semua orang yang ada kat wad kecemasan tu. Tebal betul rasa bersalah ye, mungkin sebab dia tengok budak-budak tu.. Sabar lah!. Dia pun menangis sambil ketuk-ketuk kepala dia. Kitaorang pun takut mak risau, handphone pun takde, jadi pinjam la handphone abang yang kemalangan tu. cerita dekat mak perkara yang sebenar.

Setengah jam kemudian, baru lah Ambulans sampai bawak emak, ayah dan nenek budak-budak tu, ayah nya takde apa-apa, cuma emaknya tak boleh bangun mungkin sebab tersepit tadi, nenek nya yang kitaorang ingat dah meninggal tu rupanya elok je, cuma sakit-sakit badan tak tahu lah ada patah-patah ke tak. Akak yang naik kereta iswara tu pun patah tangan mungkin. Kami tak tahu sangat sebab kitaorang dah nak balik.

Time balik tu tak tahu nak naik apa, duit tak bawa, ic lagi la tak bawa! cik dayah punya baju ok lagi la.. pakai tudung tapi ika dah rupa minah serabai, dengan tak pakai tudung, seluar entah zaman bila. hahaha.. takpe la janji niat kita tolong orang dan dapat menolong orang, jadilah masyarakat yang prihatin! Lepas tu ada sorang akak ni, dia pun ikut naik ambulans masa hantar keluarga budak-budak tu yang cari kitaorang ajak balik sekali, rupanya abang ipar ika pesan cari kitaorang sebab kitaorang takde bawa apa-apa pun. Last -last balik naik ambulans ler.. nak naik apa lagi kan? first time naik ambulans kenangan tu, dalam ambulans tu borak-borak la pasal kejadian tadi tu, ambulans hantar sampai kedai makan tadi, akak tu belanja minum tapi tauke kedai nak belanja pulak. Dia kata " BELANJA PENYELAMAT MALAYSIA NI! " jahat betul, kitaorang bukan apa bak kata ika, " aku cuma bayangkan kalau tu anak-anak buah aku " betul jugak kata ika, hari ni hari dia, esok-esok tak tau pulak hari kita ke?

Sampai rumah macam-macam la soalan yang di tanya, penat menjawabnya, ika pun telefon abang yang kemalangan tu tanya ok atau tak? so semua ok. Syukurla.  Tapi yang kelakar ye sempat jugak ika, dia cakap kat cik dayah handsome jugak abang tu kan? menyempat saja! Semoga benda ni jadi iktibar pada semua, jangan bawa kenderaan laju-laju *lebih kepada peringatan untuk diri sendiri*. tapi kita ni insaf sekejap saja, esok lusa bawa laju-laju lagi kan? tak baik betul!

0 ulasan: