Pages

Khamis, 16 Februari 2012

Nukilan Saya

Assalamualaikum..

Hai, lama cik dayah tak menulis di sini, sedang berkira-kira nak mengemas dan balik rumah lepas habis kerja ni, cik dayah baru teringat nak mencatatkan sesuatu. Tahukah anda? *wah dah macam soalan pulak!!* cik dayah sangat suka menulis cerita. Dari zaman sekolah hingga la sekarang. Dulu time sekolah selalu buat sajak untuk pertandingan Hari Guru dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Adalah menang sekali dua.

Dan nak di jadikan cerita, hari tu cik dayah ada ternampak la satu iklan pertandingan menulis cerpen yang di anjurkan oleh majalah Media Hiburan, *cik dayah kan rajin beli majalah Media Hiburan* cik dayah pun nak try la mana la tau dapatkan. Selama 3 hari cik dayah mengarang cerita dan ayat yang tak lebih dari 1500 patah perkataan sebab itu tertakluk pada syarat peyertaan. Tema cerpen adalah bebas. Cik dayah pun poskanlah hasil nukilan cik dayah ke majalah Media Hiburan.

Keputusanya, 3 hari selepas itu cik dayah menerima panggilan yang cerpen saya akan di siarkan di dalam ruangan majalah Media Hiburan. Cik dayah seronok sangat tau, walaupun hanya sekadar cerpen tapi cik dayah bangga hasil nukilan cik dayah tersiar juga. Bukan apa cik dayah minat sangat bab penulisan tak sangka ada gak hasilnya. Tak apa itu hanya langkah pertama, akan datang cik dayah akan lebih berusaha untuk mencapai cita-cita cik dayah yang satu ni. Doa-doakan.. Amin.

Sekarang cik dayah tengah tunggu turn karya cik dayah di siarkan di majalah Media Hiburan. So dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru, moga-moga ia di terbitkan pada minggu ni. Tajuk Cerpen : DEMI DIA. Nukilan : NURUL HIDAYAH BINTI ALI.

0 ulasan: