Hari semakin mendung menandakan hujan bakal turun membasahi bumi sebentar lagi, hati aku jadi sayu mengenang peristiwa 8tahun yang lalu. Cuacanya hampir sama seperti dulu iaitu hujan. Ketika aku sedang bermain-main air hujan yang menitis di telapak tangan ku, ketika itu mata kita sama-sama memandang. ketika itu bagi ku masa seakan berhenti, sunyi dan sepi hanya lirikkan mata yang memahami, ketika itu juga hati ku telah di curi.
Peristiwa yang berlaku pada 12.03.2004 yang mana jatuh pada tarikh hari lahir mu yang ke 17.. Sungguh aku tak pernah melupakan kamu. cuma kamu yang melupakan aku, kenapa tidak di pulangkan saja hati ku kembali? kenapa di bawa lari bersamamu. Aku menunggu bertahun-tahun lamanya, kamu langsung tak pernah memikirkan aku.
Selamat Hari Lahir Awak! setiap tahun saya ucapkan tapi awak tak pernah mendengar atau membacanya, mungkinkah saya tidak layak bagi awak? mengapa kita harus begini? saya selalu termimpi-mimpikan awak? awak ingat kat saya tak? untunglah kalau awak masih ingat saya..
Selamat Hari Lahir Awak yang ke 25 tahun. Dah makin meningkat umur awakkan? Awak saya tak boleh lupakan awak tau! hari-hari saya ingat. Awak semoga awak panjang umur, di perluaskan rezeki, bahagia hingga akhir hayat awak. Semoga awak temui gadis yang benar mencintai awak seperti saya. Awak jaga diri baik-baik tau.. Doa saya selalu untuk awak. Awak selamanya dalam hati saya..
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu..
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk mu..
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba..
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia..


0 ulasan:
Catat Ulasan