29 JUN 2011 berlangsungnya Perlawanan Pertama, Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan Malaysia memenangi perlawanan dengan menumpaskan Taiwan dengan jaringan 2-1.
Jaringan pertama malaysia terhasil dari rembatan Safiq Rahim pada minit ke -28 pada separuh masa yang pertama. Kemudian di babak yang ke -2 pada minit ke- 55, Aidil Zafuan menambah jaringan hasil dari tandukkan bola menembusi gawang Taiwan.
Kelebihan dua gol kem negara bagaimanapun dicemari gerakan pantas jentera serangan Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan gawang dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76.
Harapan semoga Malaysia melakukan yang terbaik bagi perlawanan timbal balik di Taiwan pada hari ahad ini 3hb Julai 201, dan kita mengharapkan kemenangan untuk mara ke pusingan ke 2 kelayakkan piala dunia 2014 (Zon Asia), InsyaAllah.. tiada yang mustahil *BOLA ITU BULAT*.
MALAYSIA BOLEH!! YAKIN LAH....
MALAYSIA BOLEH!! YAKIN LAH....


0 ulasan:
Catat Ulasan